SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, June 27, 2011

SLE



SLE? APA TU SLE?

Apakah SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dgn sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain.

Statistik

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Berita terkini dalam Berita Harian.. sila click utk maklumat Risiko wanita hadapi serangan SLE 10 kali lebih tinggi


Jenis-jenis Lupus

1) Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain

2) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Simptom :

  • Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.
  • Ulser di dalam mulut
  • Keguguran rambut
  • Demam berpanjangan.
  • Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.
  • Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.
  • Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang..




Sumber rujukan :info 1 & info 2




.


.


.


.

Ya Allah semoga sahabat nanie, Kak zIE bertahan & tabah hadapi dugaan hidup..Nanie harapkan semoga rakan2 KPMM dapat doakan keselamatan, kesejahteraan & kesihatan yg terbaik utk beliau & keluarga.. Kini beliau di Hospital Selayang.

Doa kalian dapat memberi kekuatan dari segi emosi & fizikal. Sekian terima kasih.

P/S Kak zie, nanie sayang akak.. tak dapat nak gambarkan akak time nanie melawat akak.. Semoga akak cepat sembuh.. :(

ini entry tahun lalu - http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/2010/03/geng-pink.html

(kenangan terindah tak dapat digambarkan dengan kata2, hanya entry ini dapat melahirkan ape yg terpahat dalam isi hati nanie.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. Sy fhm perasaan awk coz mama sy pun mengidap SLE.. tanda2 dah makin jeles kelihatan.. Semoga ALLAH merahmati hidup mereka sekalian

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails