SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, October 13, 2011

TIPS PEMILIHAN PENGAPIT & APA TUGAS PENGAPIT..

as salam. selamat sejahtera..

Hari ni saje terpanggil utk update tentang checklist kawen2 nanie.. Alhamdulillah, kalau blogger @ B2B perasan, belah kanan sidebar nanie tu, ade list REMINDER-WEDDING.. Semakin hari, semakin banyak 'checked' utk list tersebut..

Salah satu, checklist nanie yg baru di checked ialah PENGAPIT.. before this HONEYMOON baru checked.. Alhamdulillah~

Setelah nanie search google, dr satu page ke satu page dapatlah nanie simpulkan bahawa peranan pengapit amatlah penting waktu majlis. Nampak macam simple, tapi sebenarnya ia memberi satu impak besar dalam diri pengantin aka raja sehari..

************************************


NOTA : entry ini panjang berjela2 ala2 pakar perunding perkahwinan.. haha





Tips khas untuk bakal PENGANTIN dalam memilih pengapit:

1. Make sure you choose a person who won't overshadow you.

*Korang kena pastikan pengapit korang nak melaram tu biar berpada-pada juga la cik kak.. jangan la sampai mengalahkan pengantin pulak.. Kang korang lak siap lagi lambat dari pengantin.. Lagi satu baju tu tolong la jgn la bling2 sgt, jgn lari tema colour, n paling pending jgn nak poyo posing sakan time ramai yg snap2 photo.. *pedas ke* huhu

2. Make sure you choose a person who has your best interest at your heart..

Pengantin kena pilih bakal PENGAPIT yang betul2 sanggup membantu / berkorban utk majlis anda.



Mengapa???

Kerana, pengapit merupakan tulang belakang korang ketika korang nak berjalan, atas pelamin & makan di meja beradap.. Mereka yg akan tolong back up bila perlu *manalah tahu tetibe korang nak tersungkur ke*, bagi nasihat jika perlu, dan macam hal2 yg akan dilakukan waktu majlis.. Yela kita manusia ni merancang, yg tentukan Allah SWT.


*********************************

Tips umum untuk BAKAL PENGAPIT & BAKAL PENGANTIN tentang TUGAS PENGAPIT..







1. Pengapit mesti tahu flow majlis tu macam mana..

Mengapa? Kerana mudah untuk pengapit update pada pengantin apa majlis seterusnya.. Contoh - bila waktu nak bersanding, dekat mana nak bersedia utk menyambut pengantin lelaki, pukul berapa nak makan beradab, pukul berapa nak potong kek..Pastikan korang alert dgn masa dan tempat. Jangan tetiba pengapit pulak yg blur.. Okay?

2. Pengapit mesti selalu sentiasa ada TISU / SPAN..

Untuk Pengapit pengantin perempuan harus sentiasa memegang tisu / span serta mengikut pengantin ke mana sahaja pengantin pergi. Ini adalah disebabkan mekap yg mungkin cair kerana cuaca yg panas, atau jika pengantin menangis ketika ibu bapanya salam dan peluk.

Haaaa… jika perkara2 ini berlaku, di sinilah gunanya tisu yg korang pegang tu. Laplah peluh / air matanya itu. Pengapit harus pastikan pengantin itu sentiasa cantik sepanjang majlisnya berlangsung. Hari bersejarah dia kot beb..

3. Mesti selalu sentiasa ada PAYUNG / KIPAS..

Pengapit lelaki dan perempuan, korang kena ada interaksi sebelum majlis berlangsung. Sebabnya, nanti atas pelamin, korang kena lah serasi berdua utk make sure kipas senada je.. Jangan terlalu laju @ perlahan ye sayang..

Oppss, jangan lupa, mengipas dan payung pengantin. bukan kipas dan payung diri korang! Kesian pengantin nanti,. kalau panas, abis cair mekap dia… Kalau hujan, abis lencun baju cantik dorang.. Kes naya namanya tu.

4. Pastikan pakaian pengantin terletak elok / duduk selesa..

Contohnye, pengapit kena alert dgn baju pengapit, mana la tahu kalau layah (veil) dah tersenget ke , atau tersangkut kat pelamin @ hand flower, kain terangkat sikit ke masa duduk (tak cantik dlm gmbr), bulu mata palsu terjatuh ke.. Time ni la, pengapit nak touch up semula dan betulkan dgn tenang. Jangan lak korang yg menggelabah.. Sebab time ni, pengantin dah tak perasan tu sume sebab pengantin sedang cover cun.. ngeh2..

5. Tenangkan jiwa pengantin

Perasaan pengantin time ni bercampur baur. Ada suka, ada duka, ada nervous.. Sbb tu time nak kawin ni selalunye macam2 situasi yg pelik2 akan berlaku. Jadi apa yg perlu korang lakukan ialah untuk menghiburkan dan menenangkan pengantin dengan cara masing2.


6. Nasihatkan untuk SENYUM selalu

Setiap majlis perkahwinan sekarang ni kan, ramai yg upah photographer / videographer *saya x mampu utk videographer, sob sob*.. Jadi, tugas anda untuk sentiasa ingatkan pengantin, senyum selalu. Ini adalah kenangan manis utk mereka..








Opss pengapit pun jangan lupa senyum juga, sebab mana la tahu, ade gambar yg dirakam terselit muka korang.. class gitu masuk album pengantin~ jgn lupa senyum sokmo ^_^

7. Bersedia menjadi waiter/waitress.

Ini berlaku jika pihak catering tidak offer khidmat menyendukkan makanan pengantin ke dlm pinggan. Maka pengapit harus pandai2 la bangun dan tolong isikan makanan ke dalam pinggan pengantin yer. Jangan dok makan je! *catering nanie ada pelayan khas, jadi jgn risau ye pengapitku* wink2.. Tapi ade jugak pengapit yg tidak duduk sebelah pengantin, sebab kadang2 tempat tak cukup, apa yg boleh kita lakukan adalah memberi keutamaan pada tetamu dr pihak pengantin lelaki..


7. Pengapit harus bersedia menjadi photographer terjun




Ye, ini juga kadang-kadang ini menjadi bidang tugas pengapit. Ini berlaku jika semasa majlis upacara salam dgn sahabat, keluarga, saudara mara. Time ni la korang kena bersedia jadi pak pacak ambil gambar kenangan mereka.

opps, perhatian!! Jangan pula korang yg over-posing. Sebab org dtg majlis, utk tgk pengantin, bukan pengapit.. Jadi semestinya mereka nak ade gambar bersama.. Jadi, pengapit, sila gunakan skill anda dgn betul, asah bakat tekan butang tu dgn sebaik2nya. Jgn ambil gambar, kepala tiada.. hehe

9. Bersedia dalam apa cara pun termasuk tebalkan telinga

Q : "Kau asyik jadi pengapit je,kau biler lagi?” @ ''Kempunan la aku nak makan nasi minyak kau''
A : #$$^%%$%%#t$^$^

Pastikan anda berjaya menjawab soalan maut. ( utk yg single mingle) hahaha

TIPS :sila jawab dgn tenang dan bijaksana, jgn masam muka dan ingat tips ke 6, SILA SENYUM selalu.. Jawab je, rezeki dan jodoh Allah tentukan.. Simple tapi power.


*****************************

KESIMPULAN :



- Pengantin haruslah memilih pengapit yg terbaik dapat selami jiwa korang, dapat bantu di kala suka dan duka.. Jangan kasi hati pengantin kecewa selepas majlis, sebab tingkah laku pengapit yg membuat ati pengantin terluka. Ingat!! Setiap apa yg korang lakukan, diperhatikan oleh semua.

- Respect pengantin dan berilah kenangan indah utk mereka dalam majlis mereka.. Kahwin ini ingat murah dan procedure mudah ke? kena cucuk HIV lg, jumpa tok kadi lg, mcm2 kena settle. Jadi kepada bakal pengapit, tolong bantu pengantin kerana ini moment yg sgt manis utk mereka kecapi.


- Pengapit haruslah sentiasa bersedia untuk memastikan pengantin cantek di mata, manis senyuman, pakaian pengantin dalam keadaan OK & paling penting pastikan majlis raja sehari berjalan dgn lancar dan mengikut aturan yg dirancang.

******************************************

Renung2kan dan selamat beramal..

Semoga tips nanie dapat menjadi bahan ilmiah kepada bakal pengantin & bakal pengapit.

GOOD LUCK~



SHARING IS CARING~

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

18 comments:

  1. teringat masa saya jadi pengapit ekspress kakak saya. memang first time jadi pengapit.so agak kelam kabut.hehe. tu semua sebab sepupu saya tak nak jadi pengapit di saat2 akhir.memang geram sebab saya dah ditugaskan jaga beg berkat dan urus perkara lain

    ReplyDelete
  2. @nurdani - hehe nanie xpenah jadi sebab sis kurang cantek.. selalu pengapit ni kan cantek2.. memang klu x get ready akan gaabra len mcm..

    anyway next tyme klu ade org takot nk jadi pengapit, ley la refer this entry.. hehe

    ReplyDelete
  3. sy pun bakal akan melangsungkan perkahwinan. tapi lambat lagi la. dahsyat betul tengok persiapan anda.. hehehe..

    Apapun, tahniah.. sy follow blog awk.

    Sudi2 kan lah melawat blog sy:
    http://shuhaidablog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. nora nak suruh pengapit nora baca hehe thanks darl :)

    ReplyDelete
  5. @shuhada subri - dasyat ke persiaan sy? biasa2 je.. saje nk tulis kenangan dlm blog ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. @nora - yeayyy.. sharing is caring.. nanie pon minta pengapit nanie baca. at least xdela die nervous dr kt atas pelamin ape nk wt.. huhu

    ReplyDelete
  7. good tips..thanks for sharing

    http://bride-note.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. nice info :)
    memudahkan kerja saya nk pilih the best maid of honour to be.
    thanks dear :)

    ReplyDelete
  9. @farah yasmin - smoga dpt beroleh ilmu.. sharing with ur pengapit.. hehe

    ReplyDelete
  10. @iwanis - alhamdulillah.. minta pengapit baca ulang2.. tak dela dia blur atas pelamin. hehe

    ReplyDelete
  11. thanx for sharing dear. tips yg berguna utk pengepit. haha. thanx :)

    ReplyDelete
  12. hehe.. sharing utk pengait.. jgn bg mereka neves.. ngee~

    ReplyDelete
  13. pnh jdik pgapit mse sis ara kawen dlu :)

    ReplyDelete
  14. nice tips..bole la nak praktik kan nanti~

    salam perkenalan!

    ReplyDelete
  15. @ara afiq - yeke? nanie xpena ade experience pung.. huuhu

    ReplyDelete
  16. @dhiera - salam ukhuwah juga.. tips untk semua.. lets sharing with others..

    ReplyDelete
  17. perggghhh....info sgt berguna ni....
    tp tak da lagi list untuk pengapit...sob sob

    ReplyDelete
  18. @asfiza - slow carik, pasti ade je pngapit kamu nnt.. hehe

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails