SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, November 4, 2011

PROSEDUR MELENGKAPKAN BORANG NIKAH...

As salam.. selamat sejahtera..


Hari ni, nanie nak share satu dokumen penting sebelum nak kahwin iaitu Borang nikah. Nanie pasti mesti ada yg tercari2 apakah prosedur untuk nikah (lelaki & perempuan). So, ini prosedur permohonan nikah di negeri Selangor.

1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan

Nanie cadangkan korang pergilah kursus pra-perkahwinan ni awal2 ye.. Bayaran rm80 selama 2 hari termasuk breakfast, lunch and tea time dan paling penting dapat sijil.. Nanie pergi kat sini {Mahligai Firdaus}.. Sila simpan sijil kursus perkahwinan elok2 dalam simpanan korang ye. Jangka hayat untuk kursus perkahwinan adalah seumur hidup..

2. Download ataukan dapatkan borang permohonan nikah di JAIS

TIPS : Kalau tiada masa, just dapatkan hanya dengan print berwarna dari {website} di bawah :

{Borang permohonan Nikah Lelaki / Perempuan}

{Borang Pengesahan Bermastautin Lelaki / Perempuan}

{Borang Pengesahan Wali Perempuan}

{Carta Susunan Wali Perempuan}

3. Pihak lelaki perlu sediakan borang pengakuan bujang dan kedua2 pemohon juga diwajibkan buat ujian HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang HIV test, sila baca {entry ujian HIV} entry terdahulu.

4. Lengkapkan borang tetapi JANGAN tandatangan dahulu. Jangan lupa fotostat dokumen seperti di bawah untuk dilampirkan sebagai dokumen sokongan borang nikah :

- Kad pengenalan pemohon (Lelaki & Perempuan), wali & kedua-dua saksi (Lelaki & perempuan)

- Sijil kursus perkahwinan (sijil original pun wajib ada ketika berjumpa kariah)

5. Selesai lengkap mengisi borang, hantar ke kariah kawasan masing-masing. Masa ambil borang (Langkah 2), pegawai JAIS akan sertakan nama PPN di qariah kita. Pihak lelaki & perempuan mesti membawa 2 orang saksi untuk berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Masa inilah, baru pemohon, wali dan 2 orang saksi akan tandatangan borang permohonan nikah di hadapan PPN.

TIPS : Kalau korang dah banyak kali call, sms atau sukar membuat temujanji dengan PPN Qariah, korang boleh jumpa Pendaftar di JAIS juga..

6. Semua borang selesai ditandatangan, hantar borang ke Pejabat Agama (Lelaki dahulu). Pastikan anda bawa salinan semua di atas dan yang berkaitan supaya tak menyusahkan utk cari kedai fotostat. hehe

7. Selesai bahagian borang lelaki & dah dapat borang kebenaran berkahwin, serahkan semua salinan ke pihak perempuan. Pihak perempuan, sila ulang langkah 3. Tapi perempuan tak perlu surat akuan bujang tau.

8. Bila dah selesai semua untuk pihak perempuan, serahkan borang ke Pejabat Agama (Perempuan). Bayaran RM10 diperlukan untuk proses penerimaan Surat Kebenaran Bernikah.

9. Pejabat agama akan ambil maklumat dan serahkan borang. Sila beri perhatian untuk borang ini perlu dihantar semula ke kadi sebab kadi akan key-in maklumat dan periksa tarikh majlis agar tak clash dengan orang lain.




10. Selepas semua borang diselesaikan, saat debaran menunggu tarikh untuk diijabkabulkan sahaja. Akad nikah akan dijalankan di qariah atau mana-mana yang ditetapkan dan dipilih oleh pihak perempuan.

************************************

Nampak macam susah kan? Well, first time nak buat macam-macam dalam kepala otak ini. Terfikir macam complicated je nak buat. Boleh ke nanie nak redah and ikut all the prosedur ni kan?

Alhamdullillah, banyakkan berdoa agar semua dipermudahkan. Semua berjalan dengan lancar. Kita nak buat benda baik (bina masjid) kan, so Allah SWT akan permudahkan jalan kita.Amin.

p/s: Nanie kira beruntung sebab bakal tok kadi kenal dgn saksi nanie.. Area rumah nanie ada seorang Ustaz tu. Alhamdullillah dia yg volunteer dan tolong slotkan date nanie & berminat nak jadi saksi pertama nanie.. Syukran Ya Allah~

Checklist Wedding updated - sila check bahagian side bar kanan.. Yeayy!! Alhamdulillah..

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. assalamualaikum nanie,

    Tq bagi info ni.

    nak tanya macam mana nak buat checklist box tu ye? Tq.

    ReplyDelete
  2. dhira - alhamdulillah semoga menjadi rujukan semua b2b yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. Lame x trmpoh nak siapknsemua ni? Kalo 3bln sempat x sttle?

    ReplyDelete
  4. sempat siap dlm 1bulan. Janji semua dokumen lelaki perempuan lengkap.

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails