SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Saturday, November 26, 2011

SOLAT SUNAT NIKAH..

As salam. selamat sejahtera..

MUKADIMAH

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW dan amat digalakkan dalam Islam. Ia dituntut oleh syarak seperti sabda Rasulullah bermaksud:
"Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yang benci kepada sunnahku maka sesungguhnya dia bukan daripada golonganku." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

SOLAT SUNAT NIKAH

-ini dilakukan sebelum/ selepas majlis akad nikah ( 2 Rakaat)

Cara untuk mengerjakannya ialah:

  • Lafaz niat -
  • Sebelum akad nikah - “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
  • Selepas akad nikah - ''Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar''
  • Rakaat pertama - Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua - Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

DOA SELEPAS AKAD NIKAH (contoh)

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Melalui pembacaan nanie, ada juga sesetengah pasangan melakulah solat sunat syukur selepas akad nikah, cara2 nya, korang boleh rujuk ini {solat sunat syukur}
(Credit - sumber google)

***************************
p/s Semoga ilmu ini dapat di kongsi dan dijadikan panduan bersama.. Insyaallah, 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. :) terima kasih. insyaAllah semoga semuanya berjalan dgn lancar. sy pun, hari jumaat juga. next week T_T

    ReplyDelete
  2. uwaaa.. saya jumaat this week.. debaran jgn ckpla.. nk mlngkah ke alam komitmen yg tggi..

    ReplyDelete
  3. niat lelaki nan pompan same je ek??

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails