SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, July 20, 2012

DAH KAHWIN, BILA NAK DAPAT BABY?

as salam.. selamat sejahtera..


Benarlah kata orang lumrah kehidupan manusia di bumi Allah ni.

Bila tak kahwin tanya bila nak kahwin
bila dah kahwin tanya lak bila nak dapat anak
bila tak dapat anak biasalah manusia ni suka memandang serong
bila da ada anak tanya plak bila nak tambah baby.. camtu la seterusnya

Dalam kehidupan Melayu Malaysia yang tipikal, biasanya orang kita kahwin dan dalam setahun dua, boleh kata confirm pasangan tersebut akan dapat cahaya mata. Ini kes biasa, majoriti. Bukan semua. Oklah, nanie tak nak bincang dari segi takdir dan rezeki tuhan, itu kerja tuhan. Cuma dalam hal kahwin ni semua, nanie yakin semua perkahwinan ni terancang, kiranya dah plan la nak tinggal mana, beli rumah macam mana, anak berapa ramai dan segala-galanya la. Cumanya, mengapa majoriti daripada kita merancang nak menimang cahaya mata cepat sangat? Cepat tu kat sini adalah kurang daripada 2 tahun. Oklah.. kasi can sket, setahun setengah aa.. boleh?


Setakat yang nanie tau, biasanya pengantin baru ni akan di’pressure’ oleh mertua (tak kisah pihak belah mana) atas sebab mereka nak menimang cucu. fuhh.. Yelah, bila hubungan intim suami isteri terpaksa dilakukan dengan misi untuk mendapatkan anak. Susah tu. Ibu bapa tak boleh buat macam ni pada anak-anak mereka yang baru kahwin. Tak payah tanya langsung pun. Biarkan mereka. Kalau ada tu, adalah.. kihkih

Lagi satu, tentang kahwin ni perlu pasang niat.



Niat kahwin kerana nak dapat anak ke atau niat kerana Allah?

Dunia sekarang ni dah kena banyak merancang, terutamanya dalam bab perkahwinan ni. Jadi nanie rasa dalam hal nak menimang cahaya mata, kita perlu fikir tentang pengorbanan dan tanggungjawab. Apa yg nanie maksudkan disini ialah tanggungjawab nak jaga anak ni ada macam2.. dari segi kewangan, kasih sayang, dan juga masa. Sebab dengan zaman globalisasi ni, tentulah korang nak anak kita dididik dengan penuh kasih sayang dan penuh perhatian.

*****************************

KESIMPULAN :
Setiap orang punyai pandangan berbeza, dan korang tak perlu setuju dengan pandangan nanie. Rasanya pasal perkahwinan dan baby ni eloklah korang buat keputusan sendiri. Bincang dengan pasangan atau keluarga. Nanie hanya menyuarakan pendapat dan luahan rasa hati nanie.






p/s Usahlah ditanya selalu bila seseorang itu nak kahwin atau dapat baby kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah. Tiba waktu Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

5 comments:

  1. betul tu..sokong dengan statement nanie.. rezeki anak & ape2 rezeki la semuanya dah ditentukan Ilahi.. samada cepat @ lambat untuk kita terima.. macam ned, dh kawen nk dekat 3 tahun, barulah pregnant.. macam2 tomahan & dugaan dah hadapi.. semoga nanie tabah menghadapinya ya.. Disaat menghadapi keadaan ni, peranan suami amat penting.. :)

    ReplyDelete
  2. @nadia - thanks sudi baca entry ini. usaha kalau x de pun tak guna. tapi takpe, just leave it to Allah.. Yakin yg Allah akan tunjukkan jalan yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. Allah yang menentu ape yang sebaiknya untuk kita.. Mungkin nanie dapat baby kembar ke nanti.. :)
    best!!!

    ReplyDelete
  4. Insyaallah.. sekarang kena baik pulih hubungan yg semakin jauhh ni dulu. Kalau ada jodoh, n jodoh itu milik nanie, insyaallah..

    ReplyDelete
  5. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails