SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, December 12, 2012

REVIEW DRAMA TV3 - CINTA DARI SYURGA..



As salam, selamat sejahtera..



Just nak update, lately cerita drama TV3 memang awesome. Memang kena dgn jiwa nanie la. Cerita yang penuh dengan pengajaran.. Kisah pergolakan rumahtangga.. jom baca sinopsis *ingat2 lupa la ni*

***************************




Tajuk : Cinta Dari Syurga

Pelakon : 
Azlee Khairi sebagai Zarul Aiman
Foziah Gaus sebagai Damia
Anzalna Nasir sebagai Hannan


SINOPSIS - 


Zarul & Hannan bercinta.. Hannan plak sambung study kt oversea..Disebabkan fitnah.. percintaan Zarul & Hannan terputus (hati2 ye korang yg kekasih korang ngh study oversea tu) hihihi.. Nak jadi cerita mak zarul berkenan kat damia sbb alim..lemah lmbut n baik budi. 

after 5 years married... they still have no child.. at the same time Hanan will back to Malaysia, soon.. Zarul ni suka stalk FB Hannan. Nak jd cite lg.. Hannan adalah doktor yg handle kes Damia. Damia mmg cam muka hannan. dia nak kahwinkan Zarul dgn Hannan... MasyaAlah... isteri solehah katakan..

Lepas kawin Zarul x berapa nak adil. asyik2 Hannan... Ape lg... Damia failkn perceraian. yg kuang ajaq tu time damia packing2 beg nak kuar umah zarul dtg dkt Damia..tau pe dia ckp kat mia? "biar abg tolong" siottt...nk tolong angkat beg.. nampak sgt x sabo nk halau mia...tp.. Yg suwweettt tu time adegan g kaunseling. Zarul xnk cerai.. sampaikn masa nk lafaz cerai... tergagap2 dia lepas cerai... 

Drama ni diakhiri denggn sebaris ayat berbunyi

CINTA ITU TAK PERNAH DISEDARI.. SEHINGGALAH HADIR SAAT PERPISAHAN"

* di sebabkan nak cepat sampai tajuk yg nanie post dlm FB pun da terbalik2.. haha

 
Nak tahu ending dia - pergi tengok kat tonton.com.my. ^_^

***************************

PENGAJARAN :



1) Jangan bertindak melulu - contoh macam dalam cerita ni, masa nak clash dgn Hannan, masa kahwin ngn Mia (semata2 rasa tercabar) & masa nk cerai.  semuanya buat keputusan melulu. Tak fikir betul2.

2) Jangan sesekali berlaku curang di belakang isteri. Buruk padahnya.. *ehem2*
 
3) Poligami - Bersikap adil dengan isteri. Sebab tu org kata..kalau x leh adil... jgn kawin lebih dr 1. Memang Islam membenarkan poligami.. tp..hakikatnya madu memang manis... bermadu...pahit woooo...

4) Menyesal di kemudian hari, jadinya dia terpaksa skodeng FB 'bekas' dia... bekas gf.. pastu bekas isteri.. ntah pape.. Tu la sebabnya... sesal dahulu berpendapatan... sesal kemudian..x de guna... 

****************************
KESIMPULAN

Hargailah yg di depan mata.. Allah jua penentu segalanya.. ingatlah semua...bahawa poligami dibenarkan dalam Islam... Namun berlaku adillah wahai suami dan cuba elakkanlah perceraian...


Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails