SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, December 21, 2012

TIPS PERGI SINGAPORE NAIK KERETA..


Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Last week nanie balik kampung.. yeayyyyyyyy...

 {entry ini


Jadi ada beberapa follower yg tanya nanie macam mana nak pergi Singapore bukan guna public transport macam bas atau keretapi..

Hari ini, Jumaat yg indah. Nanie nak share beberapa TIPS PERGI / MASUK SINGAPORE NAIK KERETA (via kereta persendirian)..


Apa yang perlu ada?

Apa yg perlu bawa?

Apa yg perlu di buat ketika di Imigresen?

*********************************




Dokumen / Barang WAJIB sebelum masuk Singapore

1) Kereta yang sah di sisi undang-undang - mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah dan belum tamat tempoh. Jangan lupa bawa lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh dan salinan pendaftaran kenderaan (geran) .Kadang2 mereka minta, just sediakan aje :)

2) Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan minyak petrol isi penuh-penuh.. Sebab harga minyak mereka lebih kurang RM3.20 / liter.

3) Sila activatekan GPS untuk memudahkan perjalanan.. Nanti sesat, sendiri menyesal. Sebab Singapore kurang sign board dan kebanyakan semua English. hihi

2) Passport Antarabangsa (tolong check expired ye kurang dari 6 bulan expired)





3) Borang kemasukan pelawat / pelancong atau dikenali sebagai "Disembarkation/Embarkation Form For Visitors" (white card). Jaga bebaik keratan white card tu kalau tak nak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti.

4) Untuk first timer yang pergi Singapore, jangan lupa berhenti dan membuat pembelian kad Autopass.

Di mana - Bangunan B, Immigration Singapore untuk isi borang

Harga - = SGD $10 (SGD $6 harga kad + SGD $4 balance)

Topup kad AutoPass - Dapatkan di kedai 7 Eleven atau stesen MRT di Singapore

ValiditySetiap autopass terikat pada nombor pendaftaran kenderaan. Ia tidak boleh tukar milik/kenderaan dan kad ini expired dalam 5 tahun.




Tujuan Kad AutoPass ini diperlukan -

- Bayar parking 

- Bayar ERP (Electronic Road Pricing). ERP ni macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu… jangan risau sangat pasal ni.. untuk kenderaan Malaysia ambil aje flat ERP nih SG$5 SG$10 sehari (untuk hari bekerja)

**Secara ringkasnya autopass ni mcm kad Touch n Go kat Malaysia, boleh bayar parking dan  bayar tol yg dilalui. 





TIPS # – Jika nak memandu kereta anda ke Singapura pastikan masuk hari Sabtu dan Ahad sebab bebas cukai ERP. hihi Jimat kan?

p/s next entry nanie cerita CARA NAK KELUAR DARI SINGAPORE NAIK KERETA. Apa yg perlu ada dan buat di imigresen Singapura nanti.. wink2..


p/s segala pertanyaan - boleh tanya email / post comment.. Ini entry nanie bercuti di Universal Studio Singapore.. Terbaikkkkkk!! Rindu nak naik roller coaster.. ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

14 comments:

  1. rajinnya nani n hubs jalan2 bawak keta masuk sana..nida ngn hubs malas sket, huhu..klo boley nak naik publlic transport je..huhu

    ReplyDelete
  2. @nida- sebab nak pergi jalan2 dr umah cousin nanti payah. hehe tapi utk pergi kejap2 boleh la.. nak pergi lama better naik public transport :)

    ReplyDelete
  3. Nak tanye, kalu preggy dakpe je kan masuk sngpore pakai keta?

    ReplyDelete
  4. xpe dear, dia bukan macam naik flight. kalau rasa takut cover dgn pbantal perut tu ye. hehe dia tak check seluruh badan pun ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam kak kalau hari ahad g sana pon nak kene beli autopass tu ke?

    ReplyDelete
  6. waalaikumusalam awk. memang kena ada autopass utk mana2 kereta yg nak masuk ke singapore dear. even weekend or weekdays :)

    ReplyDelete
  7. Thanks nani for all yr useful blogpost on Spore! Love it! I dah bookmark ur blog, sng nak refer bila nak ke spore nanti, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. @nadine - auww terima kasih bookmark blog nanie. tujuan nanie mudah je, hanya bantu kawan2 / pembaca :)

    ReplyDelete
  9. nanie..nak tanye...kalo kereta malaysia nak masok singapore kene register dulu ke?camne ye?thanks for the tips nani...:-)

    ReplyDelete
  10. @erny nurhaida - yupp kereta kena register. itu la kena buat auto pass. dont worry, tanya je dgn peawai kt ctu. ok?

    ReplyDelete
  11. Salam kak.. nak apply autopass kene bawa geran kereta yg original ke? Yg photostet die x terima ke? Need yr hepl. Tqvm

    ReplyDelete
  12. unknown - BAWA yg fotostat pun bole. yg pasti make sure ade lesen Malaysia dan road tax tak expired.

    ReplyDelete
  13. salam kak...autopass tu nnti nk gna cmna...?? kna tmpal kt cermin keta ker...??bla lalu ERP tu dia auto detect ke...??
    Need your reply...thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye dear. sorry baru perasan komen ni. autopass guna macam touch n go je. dia akan detect bila nak balik malaysia. kt touch n make sure dalam autopass ada duit ye. bole topup kat 7 eleven.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails