SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, August 6, 2013

TIPS SHOPPING RAYA DAN BERBUKA PUASA DI LUAR..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Mesti ada yang da siap shopping raya kan? Sekarang pergi mana2 mesti jalan jammed. ala pergi weekend tak payah cakap la. Menangis la korang tunggu dalam kereta. Kereta jalan pun macam siput. kahkah

Macam nanie, nanie kalau nak shopping area KL, naik aje public transport di hari bekerja. Nanie pergi minggu pertama puasa dan siap ambil half day lagi. Sebab tak sanggup nak redah kesesakan orang ramai on weekend. fuhhhhh~

*************************

TIPS SHOPPING RAYA

1) Naik public transport utk elak jammed. Tapi kena pastikan ada Touch and Go. Mudah, cepat dan efficient. Sebab bila ada Touch and Go ni korang tak payah nak beratur kat kaunter nak beli tiket. Buang masa dan tenaga je, kan puasa?

inilah rupa Touch and Go,
mana lah tahu ada yg tak pernah tengok. hihi
2. Rancang ke mana nak di tuju dan apa barang yang nak beli, Tujuan utama ialah untuk jimat masa survey barang. Biasalah perempuan ni, belek2 sampai puas hati baru lah beli. huhu

Tapi style nanie, kalau da jatuh chenta pandang pertama kat barang tu, terus beli. Malas dah nak fikir2, lagi tengah sesak ramai orang ni lagi2 kat Masjid Jamek. Kalau tempat terbuka ni, kena la ada skill tawar menawar ye, buatlah muka manis, lagi pun senyuman itu sedekah. Dapat pahala ^_^


Masjid Jamek - pastikan beli barang kualiti tip top.
Nanie beli 10 tudung (borong) kat kedai ni. ngee~


3. Bila shopping raya ni, confirmlah semua shopping complex buat jualan murah. Jadi, sebagai pembeli jangan mudah sangat terpengaruh. Sila berhati2 dengan tanda harga. Nampak tak belakang gambar kami tu, Sogo tengah Sale. Tapi even harga tu ada diskaun, sila rujuk dengan staff untuk double check harga tau.




Lepas pergi Masjid Jamek, terus singgah Sogo.
Teman kawan cari baju dan kasut raya.
Nanie da pokai da beli tudung tadi. haha
4. Sila bawa beg besar atau recycle bag untuk letak semua barang2 shopping. Yela kalau pergi kat Masjid Jamek kan dorang bagi plastik biasa je. Bukan apa, risau ada yg tercicir aje.

Macam nanie, beli aje Sogo recycle paper, mudah di bawa dan pergerakan jadi mudah. Sumbat kan aje semua beg plastik yg ada. ngee

Nampak tak bag recycle sogo tu?
Murah aje RM3.90
*****************************
Bila da shopping tu, mesti akan tiba ke waktu berbuka puasa kan? Macam nanie, lebih pentingkan air sebab yela da penat tawar menawar . kahkah. 

TIPS BERBUKA PUASA DI SHOPPING MALL


  • Sila cari tempat duduk seawal pukul 6.30 petang ke 7 malam untuk mengelakkan tiada tempat duduk.
  • Buka puasa air atau manisan lain dulu (kurma/ kuih), kemudian terus pergi solat Maghrib.*kalau tak, menunggu la. Macam kes nanie, Alhamdulillah, nanie solat awal, kalau tak, macam beratur nak ambil wduk tu macam beratur beli tiket wayang. haha*




















  • Make sure surau / ruang solat luas dan selesa untuk beribadah
  • Bawa telekung sendiri untuk elak menunggu jemaah lain solat.
  • Pakai tudung yang simple je, takdela berebut nak tengok cermin, hihi
Lepas da solat Maghrib, barula ceria nak berbuka puasa dengan senyuman.  Makan dengan penuh sopan ye kawan2. hehe

muka pucat sikit, tak pela janji senyuman sentiasa di bibir :)
TQ for your time. I miss u friend :)
Lupa nak share, actually mula2 nanie plan nak berbuka puasa dekat Sogo je, tapi sebab fikir ruang solat yg agak terhad, terus tak jadi. Tu yang pergi ke KLCC untuk berbuka puasa. Surau KLCC sangat selesa dan selamat sebab ada mak guard jaga..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari itu.

 Nak tanya  korang pulak shopping kat mana? Dah pernah berbuka puasa kat luar ke?


Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Good sharing Nanie...
    Esok dah raya
    Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Enjoy your raya Ok ;)

    ReplyDelete
  2. @zazamymoon - terima kasih kak, nanie share mana yg perlu. tapi agakk terlewat share sebab jarang berbuka puasa kat luar..

    selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails