SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, September 19, 2013

REVIEW FILEM : TANDA PUTERA (KONTROVERSI SANGAT KE?)









Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


Lupa sangat nak cerita review Filem, Tanda Putera. Actually nanie tengok wayang ni dengan mak nanie dan BFF nanie, Zhaf time 31 Ogos lepas. Semangat patriotik gitu. haha

Filem ini adalah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Serius, nanie tak tahu la pula movie ni kontroversi, nanie pergi sebab mak teringin benar nak tengok wayang dan sebagai menyokong filem industri Malaysia. 


********************************
REVIEW FILEM


Basically ,movie ni pasal sejarah Tun Dr Ismail dengan Tun Abdul Razak yang cuba membangunkan Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Ia juga menekankan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. 



Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Beliau berhasrat untuk melihat semua kaum bersatu kembali dan hidup aman tanpa kacau-bilau serta rasa tercabar sesama kaum.

Dari filem ini, apa yang boleh aku simpulkan , yang jahat itu bukannya kaum cina . kaum cina yang terlibat itu sebenarnya had been provoked by the some chinese guys yang selfish at the first place. dan nanie rasa the malays pun sama waktu tu. yang jadi tragedi bila dua-dua kaum ni masing-masing rasa more superior than each other .

so nak salahkan siapa? 

Yang nanie rasa patut dipersalahkan those yang mencetuskan provokasi dan yang menanam benih kebencian dalam diri orang lain.

why we should blame all the races for some selfish individuals' fault ,right?


PENGAJARAN
  1. Mengenal erti persahabatan Tun Dr Ismail dengan Tun Abdul Razak.
  2. Mengenal erti pengorbanan pejuang sebab mereka menghargai tengok betapa sayangnya mereka kepada Malaysia pada waktu ketika itu.
  3. Situasi 13 May - even hanya 10% je yg diceritakan.
KOMEN 

Nanie cukup kagum dengan watak Tun Razak [Rusdi Ramli], sangat menjiwai wataknya.. Walaupun ada segelintir watar sampingan nampak kaku tapi yg penting watak utama mantap. Beliau berjaya buat mak menangis di penghujung cerita. sobbssss. Tapi kan Tun Mahathir punya babak menarik dan geli hati sebab dia guna loghat utara HAHA.. 


KESELURUHAN

Keseluruhan filem ini sangat menarik dan amat berpuas hati. Tidak ada satu pun babak yang boleh disifatkan menghina atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak hingga menghalang filem ini daripada masuk panggung. 

Inilah ruginya bangsa Malaysia kerana masih ada masyarakat yang takut kepada sejarah silamnya. Ini ialah naskah sejarah yang difilemkan. Bagi nanie, filem ini patut diberi penarafan kerana ia sebuah dokumen negara bangsa yang hidup, segar lagi menyuburkan jati diri. 

p/s Jangan ambil komen ini sepenuhnya tontonnya sendiri ye kawan-kawan.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. salam akk..sapa yg lakonkn watak Tun M dlm cite nie..

    ReplyDelete
  2. itulah.. kata de kaitan dgn politik kan..

    ReplyDelete
  3. kita tak tengok filem ni..tapi baca review memang ada pro and cons..setiap orang punya pendapatkan nanie..how they look at things..nway dia orang kata rusdi and zizan nin memang best..

    ReplyDelete
  4. @radziah - kena mengena politik pun sebab ianya sejarah :)

    ReplyDelete
  5. @sukma - sila terjah. best sebab boleh paham tentang sejarah negara Malaysia

    ReplyDelete
  6. @raudzah - aktor dorang memang superb. bukan mudah nak tiru watak pemimpin negara, banyak yg kena kaji tu. good job

    ReplyDelete
  7. @eiqa almond - ramai ke? siapa aje ye awk?

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails