SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, September 2, 2013

SAAT 'JUMPA' BAPAK DI HARI RAYA.. OH SYAHDUNYAA.

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Ingat tak nanie ade cerita nanie ada 'jumpa' bapak nanie di Hari Raya (entry ini)

Ye, kami bertemu juga akhirnya di hari yg semua umat bergembira selepas berjaya puasa sebulan di Bulan Ramadhan. 

Tapi kami bertemu di dunia yang berbeza, bapak di alam barzakh yg sudah di panggil Ilahi, dan nanie masih di alam nyata, alam yg penuh warna warni dan penuh dengan dugaan Allah.

Pagi raya rutin kami selalunya selepas solat raya, akan makan-makan dan akan terus berkumpul untuk ambil gambar keluarga. Tapi entahlaa, tahun ini macam2 dugaan datang.

Kakak pertama dia kerja, kena support production. Kakak ketiga pula dia kena support sales. 
Takpela, biarpun dugaan mendatang raya tetap kena sambut.

Dah dah, yang lepas biarkan lepas, yang pasti raya tahun ni walaupun tiada bapak di sisi kami, tapi dia sentiasa di hati kami.

*********************

Perkembangan terkini

Kami sekeluarga sedang berbincang untuk buat pusara arwah. Mak dah pilih design yang terbaik untuk arwah. Buat masa ni, kami upah penjaga pusara letakkan batu sungai dahulu. Bulan lepas dan bulan ini, cuaca tak menentu dan terpaksa delay untuk ke peringkat seterusnya..






BAPAK, adik doakan bapak tenang di sana. Adik janji datang 'jumpa' bapak kan? Adik akan selalu 'jumpa' bapak sebab adik RINDU bapak. Setiap solat dan sujud adik adik akan doakan bapak semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah bapak. Al- fatihah untuk bapak.


Bapak, tunggu adik ye. Adik rindu :(
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

8 comments:

  1. Saya dah add blog awak...jemput add blog saya juga yer...baru belajar nak berblog...

    ReplyDelete
  2. syahdunya bila baca ayat2 nanie.. sabar ye dik.. kita senasib.. apa yang mampu kita buat hanya berbanyakkan doa utk arwah ye.. Alfatihah..

    ReplyDelete
  3. @rohayu - saya dah visit u back awak :)

    ReplyDelete
  4. @zazamymoon - serius, memang nanie rindu arwah.

    al-fatihah utk arwah :(

    ReplyDelete
  5. @sukma - sebak memang sebak. tp kena cekallkan hati kan?

    ReplyDelete
  6. Semoga bapak akak d tmptkn bersama org yg soleh n cucuri rahmat ke atasnye..tabahkn hati..kuatkn semangat..

    ReplyDelete
  7. @anon - terima kasih atas segala nasihat ye :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails