SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, November 28, 2013

JOM SIHAT - JOM TINJAU APA RAHSIA NAK CANTIK DAN KURUS..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Sekarang ni kalau tengok kat Instagram, banyak betul kan produk slimming. Ada yang jamu, ada yang bentuk pil dan ada yg serbuk. Macam2 sangat sampai juling mata dibuatnya..

Tapi nanie teringin nak buat secara semula jadi. So benda pertama yang nanie cuba ialah dengan minum air kosong dengan banyaknya.

RAHSIA NAK CANTIK DAN KURUS dengan minum air kosong

 1- Membantu mengurangkan berat badan
Setiap kali nanie terasa lapar, nanie suka minum air kosong. Sebab mengurangkan rasa lapar (cara mudah untuk nanie kawal selera makan), membantu meningkatkan metabolisme badan nanie dan bonusnya tiada kalori!

 2- Meningkatkan Tenaga dan Melegakan Keletihan
Disebabkan 70% organ badan kita memerlukan air, nanie selalu minum banyak air kosong untuk membantu sel-sel badan saya berfungsi dengan baik, cergas dan lebih bertenaga. Bonusnya, mata nanie kurang mengantuk dan badan tidak akan mudah letih.

3- Membantu membuang toksin
Nanie lebih kerap berpeluh dan buang air kecil. Nanie tiada masalah kerana nanie tahu badan saya dapat mengeluarkan toksin yang banyak dalam badan saya melalui peluh dan air kecil. Jadi saya lebih sihat dan cergas, alhamdulillah!

4- Menjimatkan Duit

Air ni percuma je! Senang nak dapat kat mana-mana. Malah jika anda beli air mineral pun harganya jauh lebih murah berbanding minuman manis yang lain. Tak gitu..

5- Pelbagaikan rasa
Kalau rasa nak variasi kan air kosong tu, takut tekak loya pula. Cuba rendam lemon or limau. Tak pun minum green tea. Nanti mesti korang rasa addicted. Percayalah..

Nanie da cuba dan insyaallah nak istiqamah.

Objektif Nanie nak maintain badan dan kurangkan lelemak yg ada. Dan paling penting nak jaga kesihatan untuk masa depan. Badan nak pakai lama weiiii..


Jom Minum Air Banyak-Banyak Setiap Hari!


P/S  Mari mencegah daripada mengubati ^_^

Katakan tidak pada air manis. Tapi sekali sekala tidak mengapa sayangku. Nanie pun kadang2 ada cheat day jugak. hahaha 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Replies
    1. bagusnya akak... nanie kena belajar tahan minum air manis. hehe

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails