SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, November 29, 2013

MOVIE REVIEW : FREE BIRDS SPECIAL SCREENING BY NUFFNANG

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Actually, nanie nak share NEW EXPERIENCE yang nanie dapat on last week. Orang kata bila ada peluang jangan ditolak.Nanie dapat ticket from blogger juga. Dia ajak nanie ke FREE BIRDS SPECIAL SCREENING anjuran Nuffnang..

Lokasi : Citta Mall
Masa : 9pm
Tarikh : 13 Nov 2013

Alhamdulillah, nanie sampai Citta Mall lebih kurang 8.15pm.
kena beratur untuk check nama dan invitation email.  
Banner terselit dari gambar
Kiri - churp-churp
Kanan - nuffnang
********************************

SINOPSIS FREE BIRDS

Misi pengembaraan dua ekor ayam belanda yang ingin kembali ke zaman hari Thanksgiving pertama untuk menghalang 'spesis' mereka dari menjadi menu utama perayaan itu.  Kisah bermula dengan seekor ayam belanda, Reggie persoalkan kenapa rakan-rakan dan dirinya sendiri sering dihidangkan makanan yang banyak sehingga badan mereka menjadi gemuk.


Bagaimanapun pada hari Thanksgiving, Reggie diselamatkan dari ladang ayam belanda oleh anak presiden US yang inginkannya menjadi 'ayam belanda yang dikecualikan' daripada dimakan. Dia kemudiannya hidup selesa di Camp David.


Jake pula seekor ayam belanda tegap yang mempunyai misi untuk mencari mesin perentas masa ke 1621 di makmal rahsia Amerika untuk menyelamatkan ayam belanda dari menjadi menu utama hari Thanksgiving.



Walaupun pada mulanya mereka tidak bersetuju, mereka akhirnya bergabung tenaga mencapai matlamat tersebut.




Nak tahu kesudahan filem ini?


berjayakah mereka mencapai matlamat?

apakah pergolakan yang telah berlaku?

Sama-samalah gegarkan panggung wayang yg terdekat. Pasti filem ini tidak mengecewakan dan sangat santai pengisiannya.


Bawalah anak ke anak buah ke anak sedara tonton
movie ini untuk menceriakan cuti sekolah mereka
***********************************

KESIMPULAN

Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga. Walaupun ia filem
 animasi tetapi dalam cerita ada pengajaran dan keseronakan yang berbeza. Bagi nanie antara filem animasi yang berjaya memikat semua golongan adalah Despicable Me, Toy Story, Upin Ipin, Ratatouille, Finding Nemo, Shrek, dan Ice Age.


Terima kasih Tatie for this oppurtunity ^_^

Bagi pembaca yang  mencari sebuah filem untuk tontonan bersama, jangan lupa saksikan Free Birds di pawagam berdekatan. 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. Seronok. Teringin nak masuk contest Nuffnang, tapi skang kat tempat lain. Hadiah pun tak dapat kat kite nanti.. wuwu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanie pun dpt dr blogger. alhamdulillah. best dpt tgk free je. hehe

      Delete
  2. Macam best..kena find time ni!!!!

    ReplyDelete
  3. wah. sukanya... best kalau bawa ank nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak. cerita dia ringan dan agak best utk kanak2. :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails