SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, December 9, 2013

MENDERMA PUN DIANGGAP MENUNJUK-NUNJUK?

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Actually,nanie nak luahkan hati rasa BENGANG dan KECEWA dengan orang sekeliling nanie yg mudah berfikiran negatif.

Bila nanie upload gambar nanie beli barang untuk mangsa banjir, tup-tup dengarlah beberapa kawan dalam friendlist yang menganggap nanie menunjuk-nunjuk untuk berbuat kebaikan.



Tolonglah wahai Muslimin Musliman, korang tak rasa ke bila korang fikir bila seseorang tu menderma untuk mendapat perhatian orang ramai, korang da dianggap berprasangka buruk dan dalam masa yg sama mengumpat

Kenapa perlu kita fikir macam tu? 

Bukankah dalam agama dah diajar untuk bersangka baik sesama kita?

Allah mengibaratkan mengumpat ini sebagai memakan daging mayat yang busuk. Kita tentu sekali akan menjauhi dan berasa jijik terhadap perbuatan memakan mayat. Begitulah sepatutnya kita turut berasa jijik terhadap perbuatan mengumpat.


*******************************

DI MANA RASA BERPERIKEMANUSIAN SEMUA?

SALAH KE NANIE TOLONG MANGSA BANJIR?

SUSAH KE NAK BERFIKIR POSITIF KE ATAS KEBAIKAN ORANG LAIN?

Korang tak rasa ke sedih ke dengan keadaan semasa yang berlaku di MALAYSIA. 

Anak kecil kesejukan dan terpaksa meredah air banjir?

Bayangkan kereta korang ditenggelami air? 

Jalan raya rosak dan sukar menghubungkan antara satu sama lain.

Masing-masing berebut naik di atas lori . 

Allahuakbar, tiada lagi tempat tinggal. Tidur atas lantai dengan kesejukan


KESIMPULAN

  • Jauhilah sikap berburuk sangka sesama manusia.
  • Bersihkan hati dan fikiran kita daripada segala sangkaan yang buruk. 
  • Jom doakan agar rakyat di Kuantan, Terengganu, Kelantan dan Johor tetap sabar dengan ujian Allah
  • Jom sama-sama beri bantuan dan anggaplah sedekah kalian untuk magsa banjir. 

  • Untuk kawasan Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju, korang boleh direct ke boleh beri bantuan kepada @zuzue 
  • Alamat - 01-00-09 RUMAH PANGSA SETAPAK JAYA 53300 KL (landmark : berdekatan dgn JPN/IMIGRESEN seri rampai)


Orang yang gembira dan berjaya dalam hidup tidak akan bersangka buruk kepada orang lain. Menderma dan membantu orang lain adalah sifat mulia. Sentiasalah berfikiran yang positif dan baik sangka, walaupun kita semua mungkin tidak sehebat, semewah atau secantik orang lain. Wallahualam.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. harap ramai yang menghulurkan bantuan nanti..amin

    ReplyDelete
  2. insyaallah. smoga ramai yg buka mata dan buuka minda.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...saya dah

    ReplyDelete
  4. @anon - alhamdulillah. smoga rezeki bertambah2. ameen

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails