SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, December 4, 2013

REVIEW FILEM : THE SECOND SIGHT (THAI MOVIE)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


On last 2 weeks, nanie ada pergi tengok wayang kat Times Square. Disebabkan nanie tak tahu nak tengok movie, tetiba je ternampak cerita seram thai. Mula2 agak malas nak tengok, tapi da tak  tahu nak buat apa, main redah je laa.. Jom baca review..

THE SECOND SIGHT 





Director : 
Pornchai Hongrattaporn
Starring : 
Nawat Kulratanarat
Rhatha Pho-ngam
Wiraporn Jiravechsoontornkul
Anon Saisangcharn

Permulaan cerita agak membosankan dan agak blur sikit. Cerita dimulakan dengan watak Jate yang hampir terlibat dengan kemalangan sewaktu memandu pulang daripada tempat kerjanya. Tapi keistimewaan Jate ialah untuk melihat apa yang berlaku di masa hadapan, Jate dapat mengelak daripada kemalangan itu dan disitulah bermulanya cerita ni..

Dalam kemalangan itu, ada muncul watak baru iaitu Kaew. Jate seorang peguam dan dia telah bersetuju untuk mengambil kes Kaew untuk membuktikan bahawa Kaew tidak bersalah kerana semasa Jate memegang sekeping gambar kejadian kemalangan tu..

The Second Sight - Jate and Keaw

Dalam kemalangan tu, Kaew yang terselamat tapi kenapa selepas kemalangan tersebut, Kaew diikut oleh beberapa entiti misteri yang sering mengganggunya di hospital dan hampir menyebabkan Kaew terbunuh... Pendek cerita, Kaew histeria sebab nampak macam2 entiti misteri di sekelilingnya.


Dalam movie ni, banyak adegan panas dan 18SX nak memang tak digalakkan untuk budak2 masuk la ye. Sebab ada adegan peluk, cium dan macam2 la. 


ohh lupa nak cerita dalam cerita ni, Jate ada teman wanita Jate, Joom pun dikacau oleh entiti misteri semasa bermain piano...tapi pelik, hantu tu pandai main piano pula...HAHA...macam cerita Insidious 2 la pula..


Banyak persoalan yang buat penonton pelik dan tertanya2 cerita dia.

Adakah Jate berjaya untuk membantu Kaew untuk mengusir entiti yang mengganggu Kaew selama ini ? 

Mengapa Joon dan Jate terpisah?

Adakah akan ada cinta 3 segi dalam cerita ini?

Apakah kejutan yang nanie sendiri pun tak menjangkakannnya?

The Second Sight - Keaw

KESIMPULAN

Sila lah ke panggung wayang untuk mengetahui kesudahan. Plot dan jalan cerita boleh dikatakan agak menarik dan asti akan buat korang berfikir seketika dan berteka-teki apa kaitannya antara satu sama lain.. dan walaupun movie ni bergenre seram tapi ada juga diselitkan sikit dengan unsur komedi ^_^





p/s semua review tentang wayang, click entry ini
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails