SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, December 6, 2013

REVIEW LAWAK KE DER 3 DI ISTANA BUDAYA (2013)





Assalamualaikum.. selamat sejahtera..



4 Dec 2013, Nanie ada pergi tonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya dalam minggu ini. Hari ini, nanie ada kesempatan untuk review apa yang best dan menarik untuk LAWAK KE DER 3 di Istana Budaya.

Actually nanie pergi ke sana sebab ada orang belanja free ticket.. Ya Allah, tak kanla rezeki di depan mata nak tolak kan? Apa lagi, terus la bersetuju nak pergi tengok Lawak ke Der 3. HAHAHA



Disebabkan nanie ni agak jakun sebab first time pergi, nanie agak kalut bab pemakaian. Istana Budaya kan Pentas Bertaraf Dunia. Kita sebagai penonton kena hormat dan beradab untuk ke tempat macamtu. So, bagi yang teringin nak pergi tapi tak sure nak pakai apa, nanie bagi tips atau guideline tentang TATACARA PEMAKAIAN DI ISTANA BUDAYA..

Orkestra/Koir - Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Teater - Kemas, sopan dan bersesuaian.

Tidak Dibenarkan Memakai

  • Seluar jeans yang lusuh/koyak.
  • kemeja T berkolar bulat
  • seluar pendek
  • pakaian menjolok mata
  • pakaian sukan
  • kasut sukaN
  • selipar

*************************

TEMPAT DUDUK





Untuk pembelian tiket, korang boleh terus ke http://www.ticket2u.biz . FYI, seat yang ada untuk hari pertama memang ada banyak kosong. Alaaaa biasalah, orang nak tengok sambutan dan review Lawak Ke Der 3 dulu, baru la teruja nak beli tiket.

Alhamdulillah, nanie dapat free ticket yang memang betul2 dengan stage. Ya Allah, rasa terharu sangat. terima kasih sangat2 ye..

suasana dari seat nanie - dekat je kan dengan stage. BEST ^_^
*****************************

REVIEW - LAWAK KE DER 3

Nabil - Pembukaan lawak dimulakan dengan Nabil. Mula-mula tu lawak dia agak hambar sebab kita dah terbiasa dengan lawak dia dalam Maharaja Lawak. Kadang-kadang tu lawak mereka macam so-so je laa. Beberapa punch line yang tak sampai. Tapi apa yang boleh tabik spring dengan Nabil, dia memang pandai cover line. Good job bro. hehe

Jambu -  lawak mereka tak berapa kick malam tu. entahlaa, maybe mereka nervous ke apa ke. Macam kurang menyengat dan audience tak berapa nak gelak. Kat Lawak ke der 3 ni, dorang je satu2nya yang ada 2 segmen. Nanie rasa segmen yang kedua lebih best sebab ada nyanyian dan muzik yang mengiringi lawak mereka. 

Douglas LimSeriously dia memang terbaik malam tu walaupun 'virgin' dalam persembahan berbahasa Melayu di Malaysia. Pada permulaan nanie memang tak mengharapkan sesuatu yg lebih dari dia. 

Orang cakap dont judge a book by its cover. Bagi nanie, persembahan Douglas sangat havoc dengan punch-line yang teratur. Part paling happening, dia punya suara time menyanyi memang meremang bulu roma la. Tak sangka sangat. Pelawak cina menyanyi lagu Awie.. Lirik dan suara memang fuyoooooo.. Dia rasanya yang menghidupkan semula suasana Istana Budaya malam tu


Harith Iskandar - kita memang da tahu dia punya lawak agak educated. Setiap apa yang dia ceritakan pasti ada 'maksud' di sebaliknya. Tapi nanie rasa lawak dia dalam Lawak Ke Der 2 lagi mengancam kot. entahlaa, ini pendapat jujur nanie je..

*********************************


KESIMPULAN


RECOMMENDED untuk sesiapa yang nak gelak tawa tanpa segan silu. Korang wajib tengok kenapa nanie cakap Douglas tu best gile. Lawak die memang sempoi tapi memang sangat mencuitkan hati. Semoga Douglas jadi pelawak yg terkenal satu hari lagi.. 

Muka ceria dan rasa gembira dapat tengok LAWAK KE DER 3 ^_^
p/s Nanie tengah plan nak pergi tengok teater Bahayanya Wanita ( 20 November – 31 Disember 2013 ). Lakonan Erra, Zizan,Ziela Jalil, Nora Danish, Umie Aida dan Johan Ashari. Pelakon dia macam gempak je. Macam best je.. Jom kawan2 kita tengok sama2 nak tak? 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

5 comments:

  1. Waa.. best la dah merasa... kita nk pi pun belum ada peluang lagi :D
    Untung la :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. org belanja kita follow je. hehe

    ReplyDelete
  3. hye nani..asben u kwn ujang kan?? hihi best kan douglas punya lawak...cramp prot gelak lawak dia je..huhu

    ReplyDelete
  4. Hye yana..best kan lawak douglas. tak sabar nak tengok die wt standup comedy lagi..kihkih

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails