SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, February 3, 2014

REVIEW DRAMA : ANAK AKU BUKAN MILIK AKU (TV3)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


Nanie nak share review drama TV3 semalam. Best dan bagi nanie banyak unsur pengajaran. 


Judul : Anak Aku Bukan Milik Aku 
Tarikh : Ahad, 2 Februari 2014
Siaran : 10.00 malam di Slot Festival TV3
Pengarah : Azma Aizal Yusoof
Penerbit : Pena Kreatif

Pelakon :
Nabila Huda
Remy Ishak
Zamarul Hisham
Elizadsharifuddin
Zarynn Min
Fauziah Nawi



Sinopsis


Maya dan Daud  telah berkahwin selama bertahun-tahun (7 tahun), tetapi mereka tidak dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Mereka telah merancang untuk mengambil anak angkat di suatu pusat atau rumah perlindungan remaja terbiar. Mereka sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk si  ibu dan bayi yang bakal lahir iaitu pelajar universiti yang hamil bernama Ema. Tetapi sebelum penyerahan anak itu, mereka sudah membuat syarat bahawa Ema (ibu kepada bayi itu) tidak akan meminta anaknya kembali.

Tetapi biasalah, masa dan takdir menentukan segalanya. Ema telah berubah dan sudah berkahwin dengan lelaki yg mengandungkannya. Ema insaf dan mula mencari Maya dan Daud untuk berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Damia Aisyah.

Pengajaran
  1. Janji Allah itu pasti. Setiap kejahatan  atau kekhilafan yang berlaku di dunia ini akan dibalas jua. Sebagai contoh, di hujung cerita selepas berkahwin, doktor mengesan yang Ema tidak boleh mengandung lagi kerana rahim telah rosak (mungkin akibat mengandung tanpa sah
  2. Ibu bapa haruslah memantau dan memperbanyakkan ilmu dunia akhirat untuk disalurkan kepada remaja zaman kini kerana sekarang terlalu banyak gejala sosial di Malaysia
  3. Maya dan Daud adalah pasangan yang harus dijadikan contoh kerana mereka tidak pernah berputus asa dengan rezeki anak untuknya. Sentiasa tawakal dan berkasih sayang walaupun rezeki anak belum tiba.




p/s cerita ini memang membuat nanie sedar bahawa Allah takkan menduga setiap hambanya. Setiap ujian Allah akan ada hikmahnya. Bersangka baik dan sentiasa muhasabah diri itu yang terbaik.


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. In Sha Allah. Allah menguji hambaNya yang mampu menghadapi ujian itu kan. SubhanAllah

    ReplyDelete
  2. nora - lama tak dengar kabar. kan? smoga semuanya sabar dan yakin dgn susunan kehidupan yg ditentukan Allah

    ReplyDelete
  3. Nabila kalau berlakon memang best punya cerita tue.. akak memang minat sangat lakonan dia..=D

    ReplyDelete
  4. ye kan kak. nabila kalau berlakon watak antagonis selalu menjadi. kali ni die berubah jd baik lak. hehe :)

    ReplyDelete
  5. Suka sgt part last tu...: sentiasa tawakal dan sentiasa berkasih sayang walaupun rezeki anak belum tiba. Semoga saya dan suami boleh jadi mcm gitu jugak..sentiasa berkasih syg x kira apa dugaan yg dtg.

    ReplyDelete
  6. @nina - alhamdulillah. nanie suka cara nina dan suami. sentiasa love each other. smoga bbhagia ye awk :)

    p/s doakan nanie juga tau :(

    ReplyDelete
  7. Hehe tq Nani dear.. doakan kami berbahagia sampai ke syurga ke..nasib baik Nani x muak tgk IG nina yg asik upload pic dgn hubby je kan..kiki. sure Nani, Nina stiasa doakan Nani akan dikurniakan kebahagiaan yg berganda2...*hugs*. Becoz u deserve to be granted with the best of everything!

    ReplyDelete
  8. Nina - nak huggggggg ketat2 bole tak? tp kena mintak izin suami awk dulu. kihkih..

    ReplyDelete
  9. boleh saya tanya sikit,apa tema cerita ni eh?Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tema pengajaran dan more to ISlamic

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails