SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, September 22, 2014

REVIEW FILEM : THE MAZE RUNNER (2014)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Sebuah lagi filem menarik untuk ditonton, The Maze Runner di pawagam berdekatan korang. Filem ini diadaptasi dari sebuah novel popular 2009, hasil penulisan James Dashner. Jadi, kali ini Nanie just nak share, lagi review filem yang paling latest kat cinema sekarang. 
THE MAZE RUNNER

PENGARAH :  Wes Ball
GENRE: Thriller, Sains Fiksyen, Misteri
DURASI: 1 jam 53 minit
PELAKON :
Thomas Sangster
Will Poulter
 Aml Ameen
Ki Hong Lee
Dylan O’Brien
Kaya Scodelario
Blake Cooper

Filem ini mengisahkan tentang Thomas, seorang remaja lelaki yang bangun dari sebuah lif dan tidak dapat mengingati apa-apa kecuali namanya. Ketika Thomas sedar dia berada di sebuah tempat misteri yang bernama Glade. 
Dalam Glade, terdapat lebih 60 remaja lelaki dalam dunia tersebut yang hidup dalam serba kekurangan. Mereka menjalankan kerja-kerja bertani demi meneruskan kehidupan mereka.
Misteri hidup mereka tidak berakhir di sini. The Glade dikelilingi oleh tembok raksasa yang berfungsi sebagai penjara sekaligus pelindung mereka. 

  • penjara kerana mereka terkurung di dalamnya. 
  • pelindung kerana tembok itu melindungi mereka pada malam hari dari makhluk setengah hidup setengah robot yang dipanggil Grievers 
Bagi Thomas yang berusaha menyesuaikan dirinya dalam dunia tersebut. dia sentiasa berusaha mencari dan merungkai segala misteri melalui ayat WICKED yang sering hadir dalam mimpinya. 


Dalam masa yang sama, muncul Teresa, seorang gadis yang memberi Thomas beberapa clue untuk keluar dari dunia yang sedang dihadapinya. 

Namun begitu, Thomas banyak melanggar peraturan ketika sedang mencari misteri tersebut dan menyebabkan beberapa rakan diantara mereka terbunuh. Nak tahu kesudahan, korang kena tengoklaaaaaaa. 5 bintang.. yeayyy!! :)

***********************
PENGAJARAN
  1. Sikap berani Thomas dan sifat ingin tahunya dapat membantu menyelesaikan masalah
  2. Jangan cepat panik atau sentiasa berfikiran positif dalam membuat keputusan
  3. Sentiasa bersedia dengan setiap kemungkinan yang akan tiba samada ia bahaya atau tidak. Be prepared!
p/s Bagi anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem menarik ini di pawagan berdekatan. 5 bintang.. yeayyy!!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. Macam best la..nak p tengok la.. thanks bagi share pasal nie yer.. akak dh lama sgt tak tengok wayang..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilla, cerita ni mmg best kak. rasa nak tahu sampai ending cerita ni. tak mngantuk.. hihi

      Delete
  2. Assalam adik sayang nanie hehehhehe....akak mai terus lepas adik komen hehehhe...haaaaaaa kalau nak tau akak mmg lama dh mengidam nak tgk movie ni...dok car kt youtube tak jumpa2...nsb baca review movie nanie ni...rajinlah buat review...nanie ni suka buat research ye, dari gaya persembahan entry ni boleh dikatakan adik nanie ni seorang penyelidik...good reviewer!

    Nanti akak mai lg ye blog nanie...nak baca entry seterusnya tata

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails