SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, December 29, 2014

10 TIPS PENTING UNTUK FIRST TIME PERGI KE STADIUM..

Assalamualaikum. selamat sejahtera..

Mood HARIMAU MALAYA masih berkobar selepas nanie tonton live di stadium. Jadi, sebagai blogger, nanie rasa nanie nak nak share tentang 10 TIPS PERGI KE STADIUM



  1. Pengangkutan awam - Nanie nasihatkan naik LRT. Tapi kalau korang rasa sanggup nak mengadap jammed, silakan. Korang kena ingat parking juga nanti ye :) 
  2. Jangan terkejut dengan pemeriksaan ketat dari pengawal / polis. Dilarang membawa Botol air dan lighter. Uwaaa botol air nanie kena rampas :(
  3. Sila bawak air kotak tapi bukan dalam botol ye. Sebab dalam stadium tu harga air mahal dan kita akan rasa cepat haus.  Sebab apa cepat haus, sebab kalau dah jerit jerit kang cepat kering tekak. wiwiwiwi. Harga air dalam cup - RM2 - RM3, dia akan naik harga mengikut masa. Hisssss!!
  4. Sila bawa bekalan makanan secukupnya. Tapi kalau dah tak sempat tu, korang boleh je beli makanan dalam stadium. Tapi yang nanie perasan kat dalam stadium ni, dorang ni memang boleh cepat dapat untung, sebab harga melambung tinggi macam dah kena GST. Serius. 
  5. Saving duit -Macam nanie untuk langkah penjimatan, nanie bawa coklat,  keropok Twisties, muffin cake, dan biskut oreo. Makanan ringan yang standard dorang jual ialah kuaci. Tapi tak bagusnya, dorang buang kulit kuaci tu merata-rata :(
  6. Sila pergi ke toilet sebelum masuk stadium atau sebelum duduk ke seat. Well tahukan. kat stadium ni ramai orang.. Korang jangan mengharapkan kebersihan macam pergi toilet Pavilion, korang kena sabar dan lepaskan je 'hajat' tu cepat2. So kalau tak suka tahan je kencing tu. hehehe
  7. Sila bawa kipas tanganSebab dalam stadium panas.
  8. Sila bersedia untuk tidak menerima sebarang call / whatsapp / sms. sebab Apabila 100,000 orang berada di dalam satu kawasan pada waktu yang sama, maka telefon bimbit anda akan hilang connection / signal HP
  9. Sila datang awal untuk seat yang terbaik (centre of field). Kalau korang taknak rasa rimas dengan manusia manusia. Kalau ada kawan-kawan yang boleh tolong copkan tempat duduk lagi bagus.
  10. Enjoy your day! even pukul 5 petang dah duduk dalam stadium, but its okay, boleh tengok gelagat orang. Dalam masa sama boleh borak-borak dengan kawan-kawan dan paling penting, takde berpeluh-peluh nak cari seat :)

p/s Itu je setakat ni yang nanie boleh share. so kalau ada rezeki nak tengok bola lagi nanie tambah la apa yang patut. Tengok bola ni seronok. semangat yang luar biasa untuk Malaysia (patriotik) tu nampak. 

Berposing dengan jersey HARIMAU MALAYA :)
Sampai sekarang nanie masih rasa aura Ultras Malaya la paling hebat. dari game start sampai game habes tetap bersorak. tak henti. hahaha. kuasa apekah.  hebat!

GO MALAYSIA GO!

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Bagusnya tips nanie ni...ish kalau ikut hati mmg akak pun nak try pi stadium...tp mengenangkan Qi masih kecil makanya menonton sahaja di rumah...memang kalau pergi by kereta tersangatlah jem kan nanie...x sanggup la haii sis nak redah jem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki nanie dpt tgk bola muda2 ni. mmg best dan kena follow tips tu utk elsakkn drpd masalah yg tak dijangka mcm jammed.

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails