SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, December 18, 2014

REVIEW FILEM : THE HUNGER GAMES : MOCKINGJAY - PART 1

Assalamualaikum.. selamat sejahtera. 









REVIEW FILEM













Nanie just nak buat quick update entry tentang satu filem yang nanie baru tonton kat wayang baru-baru ini :)

Filem "The Hunger Games : Mockingjay - Part 1" mengisahkan perjuangan Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) selepas The Hunger Games ke-75. Dalam filem ke-3 ni, Peeta (Josh Hutcherson) ditangkap oleh President Snow (Donald Sutherland) dan menjadi penghalang Katnis untuk melawan The Capitol. 

Selepas menyaksikan sendiri kemusnahan dilakukan oleh Capitol di District 12, Katniss bersetuju menjadi Mockingjay. Ia sebagai simbolik kepada pemberontakan dalam usaha menyatukan kesemua District yang masih ada dan menentang kekejaman Capitol. Dalam masa sama, Katniss cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Peeta dan 2 orang lagi yang ditawan oleh Capitol


Bagi nanie, kalau nanie jadi Katniss, perasaan sedih juga masa Katniss balik semula ke District 12, tengok-tengok semua dah musnah, merasai kesedihan yang berlaku. haha Lepas tu masa lagu yang dinyanyikan oleh Katnisss sendiri "The Hanging Tree" memang sangat sangat best. 

Nanie RECOMMEND tengok even jalan cerita Mockingjay agak perlahan sebab ia melibatkan dialog antara karakter. Namun jangan risau sebab setiap babak akan disi dengan scene yang bakal menjawab persoalan kita sebagai penonton.

p/s Nanti akan ada sambungan The Hunger Games : Mockingjay - Part 2 untuk tahun hadapan. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails