SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, May 7, 2015

REVIEW WAYANG HINDUSTAN : GABBAR IS BACK.

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Lama dah nanie tak review filem kan. Actually, memang banyak je nanie pergi tengok wayang macam cerita Avengers dan Fast & Furious tu. Tapi macam malas nak review sebab rata2 blog akan share kan pandangan mereka tentang filem tersebut.

Tapi kali ni, nanie nak share movie Hindustan yang nanie rasa agak menarik untuk dikongsi bersama. Filem ini Disutradarai oleh Krish 

Filem : Gabbar is Back

Pelakon : 
Suman Talwar, Sunil Grover and Jaideep Ahlawat adn Akshay Kumar.

REVIEW FILEM GABBAR IS BACK



Akshay Kumar kembali membuktikan kalau filem yang dibintanginya langganan Bollywood.  Gabbar is Back bercerita mengenai Profesor Aditya (dibintangi Akshay Kumar) yang memerangi rasuah (corruption) dengan caranya sendiri. 

Apa yang menarik dari cerita ini kita boleh tahu 

  • Keburukan orang kaya yang memberi rasuah kepada polis untuk menutup mulut jika ada masalah. sanggup beri wang yang banyak tanpa mementingkan nama atau brand. 
  • Keburukan sikap doktor yang sanggup merawat pesakit.Sebagai contoh, Hospital Patil sanggup menipu orang ramai dengan berpura-pura dapat menyelamat orang mati. Mereka sanggup menipu tetapi kebijakan Aditya dalam memerangkap doktor tersebut telah membuahkan hasil. 
  • Filem ini banyak memberi jalan cerita akibat kesan dari rasuah seperti menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia), melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti).Allahuakbar.

Kesimpulan dan Pengajaran


Kesimpulannya, Untuk filem ini warak Gabbar harus dicontohi kerana perjuangannya dan taktiknya dalam membanteras corruption memang unik dan teliti. Walaupun ending tak berapa best sebab Gabbar dengan berani menyerahkan diri kepada polis atas kelakuannya, tapi itu adalah langkah yang terbaik dalam memerangi rasuah dan memberi impak positif kepada pelajar dan negaranya.

Ini boleh diaplikasikan di Malaysia di mana semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah. 

Nota : Gabbar Is Back adalah re-make dari film Tamil yang berjudul Ramanaa pada tahun 2002, yang disutradarai oleh AR Murugadoss.
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails