SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, June 24, 2015

CERITA RAMADHAN 2015

Assalamualaikum.. selamat sejahtera,

Hari ini nanie nak share kisah Ramadhan 2015. 

Alhamdulillah, sabtu lepas selepas ziarah 'rumah' arwah bapak. Kami terus pulang ke rumah untuk berbuka puasa.  Memang tradisi keluarga kami adakan makan beramai2 setiap tahun. Wajib.

Kebetulan, Sabtu lepas juga, ada jiran yang bagi Nasi Lemak sebagai juadah tambahan berbuka puasa.

Nanie ingat lagi waktu kecil dahulu, nanie ada pengalaman di minta parents untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Malu dan segan dibuatnya. Tapi bila dah besar ni, terasa rindu nak rasa pengalaman itu lagi. haha 

Pesanan mak - 
Pinggan jiran jangan dibiarkan kosong, sebaliknya diganti dengan makanan lain sebagai tanda 'balas' daripada jiran.

OK, berbalik pada cerita nanie, untuk Ramadhan 2015, kami sekeluarga decide tak perlu keluar makan di hotel atau restoran mahal, kami hanya buat pot luck makanan. Simple dan yang pasti sedap. hehe

**************************

MENU BERBUKA PUASA RAMADHAN KE 3

Menu utama
Soto
Rojak Singapore


Dessert
Puding Roti
Homemade Roti John
Puding triffle
Cream Puff

Buah-buahan
Kurma 
Betik


Alhamdulillah, makanan yang ada sememangnya memenuhi citarasa semua. Selepas balik terawih pun, masih ada lagi lebihan makanan. Apa lagi, second round la. Makan dan berborak untuk share apa saja cerita yg ada.

KESIMPULAN


Dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan ini, tidak dinafikan amalan berbuka puasa beramai2 dalam keluarga serta bertukar-tukar juadah berbuka puasa merupakan tradisi yang boleh beri impak positif dalam kehidupan. 

p/s Puasa-puasa juga tapi janga lupa bayar ZAKAT FITRAH. Mari baca berapa kadar yang perlu dibayar mengikut negeri #zakat2015


U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. rumah kat mana. klu gini yang tak jiran pon nk g ngantor. :D

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails