SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, August 24, 2015

TIPS PENTING MENGHANTAR BAKAL JEMAAH HAJI KE KOMPLEKS TABUNG HAJI..

Assalamualaikum..selamat sejahtera..

Musim nak Haji dah bermula.. Bagi keluarga yang merancang nak menghantar rombongan ke Komplek Tabung Haji, Nanie ada kongsikan TIPS PENTING sebelum ke sana..



Tips #1: Datang awal tapi jangan awal sangat..

Pendaftaran Kak Yanie dan Angah di TH pada pukul 1 pagi, tapi orang TH dh pesan datang awal 2 jam sebelum pendaftaran

Mengapa awal? Sebab nya

  • Datang awal parking senang penuh. Sampai kan parking area full di tepi-tepi jalan dan kawasan perumahan pun full. 
  • Rancang perjalanan - kalau tak tau jalan, guna la GPS. Mengikut jadual perancangan kami, kami datang selepas Isyak.
  • Bila dah datang kena alert, make sure dapatkan pakej barangan yang disediakan tabung haji, bawa surat sekali. Barang seperti benda tajam dan bahan cecair simpan dlm luggage.
bila datang awal,korang snap2 photo sekeluarga. kenangan beb. Rugi kalau tak abadikan gambar bersama bakal jemaah haji :)

Tip #3: Bawak tikar dan payung

tak payah nak malu duduk atas tikar. relax dan chill je dengan saudara mara

Secara jujurnya, kami sekeluarga bila baru sampai memang tak tahu nak cari port duduk kat mana. Mula-mula tersadai je kat kaki lima dan meliar mencari port terbaik. So dengan nak makan dan duduk tu kena ada tikar.. Lepak tepi longkang pun bahagia dah.. Kalau dah terlupa bawa tu, dekat bazar ada jual tikar harga RM25. Mahal tapi mungkin boleh guna untuk di masa hadapan. hihi


Tip #3: Bawa makanan secukupnya..

Kesinambungan dari tip #2, nak makan kena la ada tempat duduk kan..Tolongla Sebab nya nak menunggu tu lama berzaman, memang la lapar.. Ada satu family ni bawak nasi lemak dan nasi dalam periuk nasi lagi. 

Tapi jangan risau, kalau tak sempat nak bawa bekalan ade bazar di depan kompleks utk menghilangkan dahaga dan lapar. Kami pun dah macam berkelah kat sana. Beli je semua, sebab masing2 dah kalut time nak keluar rumah. Rugi oh rugi. 

makan sambil tu cuci mata tengok sekeliling. Beruntungnya siapa yang muda-muda da dapat peluang menunaikan haji

Tip #4: Tak payah bawak budak kecik..

Kesian diorang, orang ramai, panas, baring atas tikar kat lantai.. Kalau boleh tinggal kat rumah, tak payah la angkut sekali.. Alhamdulillah, family kami emang xde budak kecik, jadi bila tengok orang sekeliling dengan budak kecik. rasa simpati sangat, sebab mereka panas dan tak selesa dengan keadaan di sana.


WE ARE HAPPY FAMILY!doakan perjalanan kak yanie dan abang ipar selamat pergi dan balik.
p/s Seronoknya tengok orang2 nak pegi Haji..mudah-mudahan kita juga cepat dijemput menjadi tetamu Allah.. Ameen bagi yang terlepas baca entry Permohonan Visa Umrah dan HajiCLICK SINI
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails