SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Thursday, August 13, 2015

TIPS PILIH KASUT SESUAI DAN FAKTA TENTANG PENJAGAAN KAKI..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Hari ini nanie nak share info lain dari yang lain. Nanie nak share tentang KAKI. Jika dilihat pada fenomena hari ini, rekaan kasut lebih kepada nilai komersial, tanpa mengira keselesaan pada kaki

Kasut yang tumitnya terlalu tinggi atau tidak mempunyai sokongan ‘orthotic’ untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya. 


FAKTA BUKAN AUTA




  1. Tahukah anda bahawa 1/4 bahagian tulang pada tubuh manusia adalah pada bahagian kaki kerana Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan. 
  2. Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.
  3. Kaki manusia secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.
  4. 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk, saiz serta keadaan kaki. Ia boleh menimbulkan masalah yang serius kepada kaki.
*************************

ATASI MASALAH KAKI 

Salah satu alternatif untuk mengatasi masalah berkaitan kaki adalah dengan mengunjungi pakar yang menjalankan pemeriksaan, rawatan serta rundingan berkaitan pemilihan kasut yang sesuai. Pakar ini dikenali sebagai pedortist. 

Antara masalah yang dapat dikurangkan oleh pedortist adalah; 

  • Kesakitan pada bahagian belakang, tumit, lengkungan kaki, serta lutut.
  • Kesakitan pada tendon pada otot betis ke tumit.
  • Bengkak pada pangkal ibu jari kaki serta kulit kaki mengeras.
  • Lenguh-lenguh serta kesakitan pada bahagian sendi.
  • Komplikasi kepada diabetes.
  • Panjang kedua-dua belah kaki yang berbeza.
  • Tapak kaki yang rata atau keadaan lengkungan kaki yang terlalu tinggi.
  • Kecederaan yang dialami oleh atlit.
***************************

Tips Penjagaan Kaki 



  • Basuh kaki anda sentiasa, terutamanya di bahagian jari-jari kaki. Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna
  • Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
  • Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek. Jangan potong bahagian sudut kuku kerana ia akan menghalang pertumbuhan kuku kaki.
  • Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna. Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama. Berjalan sekali-sekala untuk melancarkan aliran darah.
**********************

TIPS PILIH KASUT YANG SESUAI
  • Masa terbaik untuk membeli kasut adalah waktu tengah hari kerana waktu ini kaki mengembang.
  • Sebelah kaki kita adalah lebih besar. Oleh itu, beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
  • Bahagian depan kasut mestilah selesa dan pastikan hujung jari dapat digerakkan.
  • Jangan berharap kasut akan mengembang. Jangan beli jika kasut terlalu ketat
  • Tumit kaki mesti selesa. Elakkan tekanan pada tumit. 

Salah satu kedai di Shah Alam, yang menyediakan kedai kasut untuk masalah kesihatan iaitu MediFeet. Bagus untuk hadiahkan kepada orang tua / masalah lutut.

P/S Jangan berkira tentang duit jika dibandingkan dengan kesihatan kaki. Mungkin harga mahal sedikit, tetapi jadikan kesihatan dan keselesaan benda utama sebelum memilih kasut. 

Share ENTRY INI jikan anda SAYANG KAKI anda dan keluarga anda.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Wahh...bagus tips ni...selalu buat tips yg kalau nak test kasut tuh time tengahari masa kaki tgh 'kembang'..hahahah....teringin nak pakai high heel tapi tak boleh la sebab rase tak selesa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aalaaaaa samala kes kita. kita pun teringin nak pakai heel, tapi aduyaii takut jatuh je. haha

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails