SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, February 15, 2016

#TRAVEL2016 PENANG - MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA KELUARGA


Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Misi travel untuk keluarga nanie memang agak berlainan sikit. Kali ini nanie sekeluarga buat idea baru iaitu MISI JALAN-JALAN CARI MAKAN. Saja isi masa Chinese New Year (Feb 2016) lapang dengan aktiviti konvoi 


Seperti yang kita tahu Penang = food heaven. setuju? Ada ke orang cakap penang pasal shopping ? tak kot. Nanie rasa, kat bandar besar kat Malaysia ni, Penang salah satunya dimana-mana ada gerai makanan. 

**********************************

Jom nanie share tempat menarik yang sempat nanie cover sepanjang 2 hari di Penang.


1. NASI KANDAR LINE CLEAR
Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. 
REVIEW : Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' . Nak lagi 'kaw' cuba pekena Kari Kepala Ikan dia.. fuhhh memang sedap.
Kami dah habis makan pun orang dok beratuk panjang lagi. Sampai keluar kedai. 
Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur telah dibuka di Kg Baru. Mana tahu hajat nak ke Penang tak sampai, boleh lah terjah ke Kg Baru je.
2. NASI KANDAR BERATUR
Ini adalah antara tempat makan ‘legend’. Berdasarkan nama, korang pasti dapat mengaggak kenapa namanya beratur. Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Nah alamat lengkap “Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300'
REVIEW : Menu cadangan ialah Nasi Kandar, Ayam Goreng, sayur campur, kuah campur. Sebab ayam goreng dia memang besar dan banyak isi. Ayam dia  
3. HAMEED PATA MEE SOTONG 

Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Nama restoran Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. Korang boleh waze GPS:  N05° 20′ 14.6” E100° 18′ 37.6″. Alamatnya ialah di No 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown 
REVIEW : Sedap makan panas2. Memang rempahnya manis dan tak kedekut sotong. Kalau nak planning datang cuba makan di sini, elakkan datang pada Hari Ahad sebab kedai ni tutup. Kedai ini beroperasi pukul 11:30am – 8:00pm
4. PASEMBOR MENARI ANJUNG GURNEY 

Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Gerai 9 - Famous Pasembor Gurney. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Roja Roja” dan menari mengikut alunan muzik.


Tang makanan yang tersusun tu, memang nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 


REVIEW : Sedap dan kena pandai pilih menunya, sebab ada yang sampai berpuluh-puluh ringgit. Makan kongsi2 lagi nikmat tak terkata.

5. PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL


Nanie google, dan banyak sungguh review pasal cendol Teo Chew di Penang Road. Kat Penang, sememangnya banyak je gerai cendol if kita jalan along Penang Road tu. Tapi tentulah nak terjah yang glemer. Suasana kat lorong tu memang tak dapat digambarkan. Super ramai orang! Apa yang nanie perasan, kebanyakan pelanggan berdiri ramai-ramai sambil hirup cendol. 


Review Bagi nanie, ni cendol yang PERFECT rasa nya. Cendol, kacang merah, gula merah, santan dan shaved ice . SEDAP! Manis dia, rasa santan dia, dan cendol hijau tuh pun nanie suka. Macam terasa perisa pandan yang agak ringan dan saiznya pun mudah untuk dikunyah dan dihadam. Sejuk menyegarkan.



KESIMPULAN

Tamatlah sudah pengembaraan makan-makan kitorang kat Penang. Ternyata Penang is food heaven, no doubt. and of course ada banyak tempat lagi kitorang tak pergi dan banyak lagi makanan tak dirasa. Insyaallah nak teruskan misi menjejaki kedai makan sedap di seluruh Malaysia. haha
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

9 comments:

  1. Yes.. penang memang heaven dengan makanan.. bagi akak yang penggemar kari memang sesuai tekak dengan makanan diPenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah gimme five. sama la kakak. mahu naik berat asyik makan je. hehe

      Delete
  2. Amekkk nah siap baratur! Sodap laaa tuuhhh kansss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sodap n kena try banyak kedai lg ni. Beratur pon sanggup ^_^

      Delete
  3. penang mmg syurga makanan..cendol!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol mmg heaven. mkn sejuk time cuaca panas memang MELETOP!

      Delete
  4. salam...ade sape2 blh tolong sy...?cdgkan homestay yg sesuai utk keluarga islam di penang

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails