SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, March 30, 2016

FOOD REVIEW : OCEAN HAUZ UKAY BOULEVARD ULU KLANG (MAKAN ATAS MEJA TANPA PINGGAN)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Awal bulan lepas, Saja la n pi makan kat Ocean Hauz yang bertempat di UK Boulevard. Pernah kecoh kat media sosial pasal makan seafood berloggok atas meja takde pinggan mangkuk sebab makan lapik kertas jer. Biasalah setiap restoran mesti ada keistimewaan masing2. Ade review yang kata bukan budaya kita.  Tapi ada yang wat lek wat peace je. Actually, semua pendapat tu terpulang pandangan masing-masing.. 


Bagi pendapat nanie, benda ni takde isu pun. Bukan apa, sebab kita makan tu masih lagi beralas. Masih lagi beradab sebab meja pun bukan kongsi ramai2, 1 meja tu hanya untuk kita, bukan bercampur dengan orang lain pun. Yang paling menarik, bila kita makan ramai2 ratah seafood macam tu dengan keluarga dan teman-teman, terasa keakraban tu. weeehuuu!!


KAT MANA? OPERATION HOUR PUKUL BERAPA?

Nanie try makan di Ocean Hauz ni dibuka dari pukul 

5.30 petang-11.00 malam (Isnin-Jumaat)
3.00 petang-11.00 malam (Sabtu dan Ahad). 


MACAM MANA ORDER DI OCEAN HAUZ?
  • Mula-mula pilihlah makanan laut yang kita nak. 
  • Lepas itu, letak seafood atas tray dan pergi kat cashier.
  • Cashier akan timbang dan bayar. 
  • Pas tu diaorang bagi le apron plastik tu dan juga kertas untuk kita letak atas meja.  



PILIHAN SOS UNTUK MENU DI OCEAN HAUZ

Korang boleh pilih nak masakan macam mana. Favourite nanie Lemon Butter & Garlic Pepper.  Tolonglaaaaa beli jagung manis dan brocoli dia, sememangnya segar dan rasa sos kuning dia memang mengancam.

Dijamin HALAL

Bagi pengunjung beragama islam, korang tidak perlu risau dengan status makanan di Ocean Hauz kerana restoran adalah 100% diusahakan oleh orang islam dan dijamin HALAL ^_^


PELIK TAPI BENAR

  • Korang akan di beri Apron akan disediakan oleh Ocean Hauz, jadi jangan risau kuah terpercik kena baju, nanti kotor pula.
  • Alas kertas itu make sure kertas yang licin tu kat atas ya, sebab xde la serap kuah atau minyak dia.
  • Untuk yang makan makanan laut yg berkulit keras macam ketam, korang akan diberi alatan untuk mengetuk. Jangan pula bertukang kuat2 sangat pula nanti ye. hehe


 CAWANGAN OCEAN HAUZ

Ukay Boulevard Ulu Klang 
Phone No  : 03-41625177

Sec 8 Bdr Baru Bangi 
Phone No  : 03-89123971 

Vista Alam Sec 14 Shah Alam
Phone No  : 0355235651

P/S Pelik ke? Nak rasa bagaimana makan tanpa pinggan? Korang boleh datang ke Ocean Hauz. Sediakan duit dan perut sebab ada tawaran menawarkan pelbagai pilihan makanan laut.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Meriahnya menu2 tu semua...nampak murah kt papan kenyataan tu ye...nampak balitong sama tu ha...waaaaaa ni mmg kena dgn tekak akak nanie...syokkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu gila seafood bole la try. At least penah try mkn atas meja tanpa pinggan. Hehe

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails