SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, May 11, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - EUNO PARK DAN HARD ROCK CAFE EUNO, TOKYO

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.



Bercerita tentang Tokyo ni memang menyeronokkan. bila tengok tempat orang mulalah buat perbandingan, kenapa Malaysia tak ada erk? kenapa Malaysia tak macamtu erk? kenapa, kenapa dan terus kenapa...

Kalau dibandingkan memang jauh kita ni ketinggalan dengan diaorang..Tapi semaju mana mereka di mata nanie, Malaysia tetap Tanah Tumpah Darah ku.. 

Cuma bila berada disana minda ni terbuka, kata orang "jauh perjalanan ,luas permandangan"

********************

EUNO PARK

Ueno Park (disebut sebagai yu-wen-no) adalah sebuah taman yang luas, terletak di Taito, Tokyo, Jepun. Taman yang sangat luas ini terletak di sebelah Ueno Station di pusat kota Tokyo. Jadi senang je nak ke taman ini



Cara pergi ke Euno Park

1) Naik Tokyo subway dari mana-mana station (cth Iriya Station) dan turun di Ueno station
2) Keluar melalui Exit Park mengikut tanda arah exit ke Ueno Park, then jalan kaki seberang jalan dan menaiki tangga sehingga akhirnya sampai ke Ueno Park

GPS ke EUNO Park  35.71412930354795, 
                                139.77263827938464

Kenapa perlu ke sini??

Melihat keindahan bunga sakura di musim bunga


Taman ini termasuk salah satu taman terbesar di Tokyo dengan lebih dari seribu batang pohon bunga sakura dan menjadi salah satu tempat favourite untuk melakukan hanami. 
Macam nanie masatu, nanie diberi masa 1 jam 30 minit je untuk diluangkan masa, jadi agak rush, sempat ambil gambar taman dan pusing-pusing melihat pokok sakura je. Itu pun dah rasa bersyukur sebab dapat jejak kaki di musim bunga. cantik wooooo..

Bunga2 sakura warna putih dan pink, Subhanallah
Aktiviti lain yang korang boleh di buat
  • Melihat Panda di Zoo Ueno
  • Mengunjungi dan belajar di Museum Alam dan Sains Tokyo
  • Belajar dan menikmati keindahan seni dan budaya Jepun di Tokyo National Museum 
*******************************

Jom scroll gambar yang sempat nanie rakam sebagai kenangan abadi

Alhamdulillah, trip bersama kakak ku sayang. yeayy!!


Malau-malu panda, walaupun sejuk tapi ada jugak sinaran matahari, sampai panda pun silau. hehe



Jalan-jalan keliling taman, sekali ternampak ros pink. Kembang dia. geram rasa nak petik jeee
Uncle yang rajin, takde sampah pun dia tetap sapu daun2 kering tu.


**********************************

HARD ROCK CAFE EUNO EKI, TOKYO



Khas buat peminat koleksi T-shirt Hard Rock Cafe, korang mungkin mencari koleksi T-shirt jenis Hard Rock yang berbeza di setiap negara Macam nanie dan kakak, memang minat kumpul keychain, fridge magnet dan T-shirt. 
Harga sehelai t-shirt Hard Rock Cafe di Jepun dijual dengan harga bermula dari Yen 2,500. Kalau di tukarkan kepada harga Malaysia, ia sekitar RM80 sehelai. Untuk koleksi fridge magnet atau badge, ia dijual dengan harga bermula dari Yen 500. 
**************************

Cara pergi ke Hard Rock Cafe Euno

Hard Rock Cafe di dalam area Ueno Train station. Basically, apa yang boleh korang buat ialah bila turun ke Ueno station, korang terus pergi ke mini shopping mall di bahagian bawah.

Alamat 
UenoTaito 110-0005Tokyo Prefecture (Ueno, Asakusa)


Untuk pengetahuan semua, ada 2 Hard Rock Cafe di Tokyo. di Euno dan Roponggi. Secara peribadi, koleksi di Hard Rock Cafe di Ueno lebih dikunjungi ramai kerana ia terletak di dalam bangunan Station Ueno, manakala Hard Rock Cafe Tokyo di Roppongi Hills berada agak jauh dari stesen LRT atau Subway. 
Kalau mau 'Hard Rock Cafe Tokyo' tanpa tulisan 'Ueno Eki', boleh pergi Roppongi
Entry kenangan di Hard Rock Cafe MACAU (click here) dan PULAU PINANG (click here


p/s Alhamdulillah, nanie dapat cover 2 tempat di Tokyo Jepun, banyak lagi tempat yang nanie masih draft entry untuk bantu kawan2 semua. 

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

6 comments:

  1. wahh best Tokyo...

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  2. tempat wajib pegi on spring..Euno Park..adehh..rindu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tp time nanie dtg sakura x bpe nampak sakuranya. Byk da gugur. Tp dpt tgk bunga sikit pun da besar rahmat

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails