SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, July 4, 2016

#TRAVEL2016 JAPAN - FIRST TIME MAIN SALJI DI GALA YUZAWA DAN NAIK BULLET TRAIN..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Alhamdulillah, sambung lagi cerita #TRAVEL2016 JEPUN

JEMPUT BACA previous entry


Harini nanie akan share entry berkaitan Gala Yuzawa pula, persekitaran yang sememangnya menjadi igauan nanie dari dulu lagi iaitu NAK MAIN SALJI

**********************

GALA YUZAWA

The best decision we made while in Japan was changing the itinerary from Disney Sea / Disneyland to Gala Yuzawa. Actually untuk ke Gala Yuzawa ni, adalah initiative one of member trip, Alhamdulilah, nanie memang dah deal dengan dia since dari Malaysia lagi untuk follow trip ke Gala Yuzawa. 


 FAKTA GALA YUZAWA
  • Gala Yuzawa terletak 200km ke utara Tokyo
  • Dibuka untuk bermain ski seawal 22 Dis sehingga 5 May 2012 bergantung kepada jumlah salji yang turun.
  • Gala Yuzawa adalah area resort untuk ski di kota Echigo Yuzawa. 
  • Tempat ski ini dimulai dari musim salji di bulan Januari sehingga awal Mei.
  • Setelah itu, salji akan mencair dan Gala Yuzawa tertutup buat umum. 

MACAM MANA NAK PERGI?

Kami  menaiki bullet train iaitu 'JoetsuShinkansen' yang mengambil masa 77 minit sahaja . Untuk shikansen kena g platform 23-34. Nanti korang akan nampak train macamni, 'bullet train' Japan. 
Jangan terkejut, train 2 tingkat. Memang experience terhebat untuk tahun ini.

Kenangan abadi, kena snap cepat2 sebab shikansen ni laju bebenau dalam 200km/jam

HARGA TIKET
  • Harga  tiket sehala untuk seorang ialah JPY 6500 atau RM240. Harga tiket kena tambah kalau perlu 'seat number'. 
  • NAK JIMAT????? Beli JR Wide Pass JPY 10000 include free entrance to Gala Yuzawa. Jadi sememangnya MUDAH dan beri kemudahan pada pelancong. Save budget!   


FIRST EXPERIENCE NAIK BULLET TRAIN


  • Keretapi tiba dan setiap kerusi ada nombor. Macam kitaorg memang tiket tu takde seat number.  Jadi, agak blur permulaannya. Rupa-rupanya memang ada 2 koc yg free seating dgn tempat duduk yang cantik, selesa dan bersih. Ruang kaki untuk berlunjur pun luas.
  • Untuk perjalanan jauh macam ni, nanti datang la waiter atau waitress tolak troli ala-ala pramugari. Diingatkan harga a bit pricey. Tips : beli siap-siap kat 7-Eleven ke Family Mart ke, Tak pun, buat macam kitaorg bawak maggi simpan dalam tupperware dan bawak nescafe 3 in 1 letak dalam tumbler. fuhh jimat
  • Toilet dalam bullet train atau express train ni bersih and boleh tahan luas. Nak masuk guna sensor jer tau. Canggih. Jakun kejap. haha
  • Sepanjang perjalanan ke Gala Yuzawa, korang patut pemandangan di luar tingkap. Yang pasti korang akan nampak bukit bukau masih bersalji. Tips Jangan tersilap turun train tau, jangan confuse pula,sila turun di station Gala Yuzawa. menghampiri kawasan perkampungan Echigo Yuzawa. 

Posing-posing dengan peralatan ski di stesen Gala Yuzawa. Ambil mood sebelum nak jejak kan kaki di bumi salji. hihi

Korang akan naik shuttle bus ke Gala Yuzawa. Bus mengikut masa yg ditetapkan. Jangan risau, Jepun memang sangat punctual

AKTIVITI DI GALA YUZAWA
  • Kita boleh meluncur dari ketinggian 1180 meter menuju ketinggian 358 meter.
  • Tak perlu mendaki untuk sampai ke puncak peluncuran kerana disediakan Gondola yang menghantar ke puncak tertinggi. 
Dari Gondola ini juga kita boleh melihat pemandangan hamparan salju dan lereng gunung yang begitu indah             
View from cable car.speechless.tengok salji memutih.alhamdulillah,rezeki
Untuk memasuki kawasan bermain ski, pengunjung kena beli tiket  mengikut pilihan - separuh hari, satu hari atau tiket tahunan. Kami hanya beli tiket separuh hari dengan harga JPY 2720 seorang dan tiket gondola sebanyak JPY 1200 seorang.   
Sledding area tu taklah besar  sangat, tapi cukup luas untuk kami berguling2, baling2 snowball, membina snowman/Olaf, bermain sled, bergamba/merakam video dan juga ‘berenang2’.
Sejuk dingin dan gigiL. Namun posing dengan snowboard yang berwarna warni tetap ada. hihi

Kami super duper excited ’cause at last, we can experienced stand our feet at a real snow ground.
Jangan main2 ye, Kami ada kibarkan The Kuala Lumpur Scarf in Black (by dUCk) atas salji Jepun. Lihatlah dunia!!! hahaha
CAKKKK!!! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

KESIMPULAN


  • Walaupun trip ke Gala Yuzawa ni di kategorikan mahal… tetapi kami puas hati Almost 3-4 jam itu lebih dari cukup boleh membuat kita ketawa dan menjadi rapat kerana kita semua boleh buat aktiviti sama2, main sliding sama2, ambil gambar groupie sama2 dan paling tak boleh dilupakan dapat pemandangan super indah di atas salji
  • Buat kawan-kawan  yang teringin nak merasai kedinginan salji dan menaiki bullet train (JR Pass) boleh la datang ke tempat ini. RECOMMENDED
  • Nanie fikir trip nanie ke Jepun kali ini benar2 sangat tepat, selain dapat melihat Sakura berbunga, tapi  juga masih boleh menikmati salji 
Alhamdulillah, nanie bersyukur kerana akhirnya dapat jugak merasa main salji, Kami pulang ke MALAYSIA dengan seribu kenangan dan cerita untuk diabadikan

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

22 comments:

  1. Replies
    1. selamat hari raya SS juga. terima kasih sudi jenguk blog picisan nanie ni

      Delete
  2. Weeeee~~~
    Syok kan? Unik Jepun. Time yang Nanie pegi tuh ade sakura and waktu yg sama ade salji kat tempat lain. Tahniah dapat cover both areas...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah perfect timing dpt jejak kaki ke musim SAKURA dan merasa SALJI.

      Delete
  3. omaaaigad !! i hev to keep note entry2 jepun ni.. keep on posting !! nak study jepun hehe tapi tatau bila nak pegi. just study awal2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear for comment. rasa semangat dan jeles tgk awk ke melbourne tu. weeehuuuu..

      Delete
  4. Yeay Nanie dah sampai Tokyo. Saya baca blog Nanie untuk tips ke HK. Lepas ni bolehlah plan pergi Tokyo pulak.. TQ Nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. keep following blog and nantikan next travel pulak. heheh

      Delete
  5. Ikut pakej mana and nama tempat tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. adriza, ikut pakej trip adik beradik. but kalau nak buat backpackers mcm nanie pergi ke HK tu pun boleh :)

      Delete
  6. nanie!!! adehh...nak repeat japan! klaau duit berkepuk nk pegi tiap2 thn huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, sabar ye JM, naniti kt terjah sama jepun.

      Delete
  7. adik, bullet train tu kena naik dari Tokyo station ke? and direct je ke gala yuzawa station?

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bullet train dari tokyo station.dont worry kat situ ada information centre utk segala pertanyaan.

      Delete
  8. TQ for info.. Akak plan nk ke Tokyo Bln 12.. Mmg suka sgt baca blog ni sbb details 🙏🏻 TQ again

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhadulillah terima kasih komen menarik macam ni. rasa terharu.

      Delete
  9. Hi nanie,

    salam perkenalan..saya pun pegi ke sini hari tu..masa tu ada snowfall..best sungguh kan..anak2 pun suka..jemputla visit blog saya..http://acahacahtravel2.blogspot.my/..hehehe..org baru belajar buat blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Dpt gak mrasa pegang salji kan. Nikmat allah

      Delete
  10. Saudari yg harga 10000 yen tu termsk naik gondola atau dah termsk

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon - ye harga termasuk train dan gondola

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails