SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, October 9, 2017

#CUTI2MALAYSIA - TIPS PERCUTIAN BUDGET KE LANGKAWI BERSAMA KAWAN2 (2D1N)

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Mungkin ramai dalam kalangan kita menganggap travel atau melancong itu satu hobi yang mahal. Saya pun termasuk dalam golongan itu jugalah sebelum ini hinggalah nanie menemui istilah ‘PERCUTIAN BUDGET ala2 BACKPACKERS Cewaahhh. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada kita untuk melancong secara murah/bajet atau mewah.

DATE : 1-2 APRIL 2017
LANGKAWI


***************************

So, kali ini nanie nak share TIPS PERCUTIAN BUDGET dengan kawan2. Budget minima tak sampai RM400 pun.


#1 PENGANGKUTAN - FLIGHT TICKET
Selalu nanie survey Air Asia dan Malindo. Tapi nak buat cerita MALINDO ada buat promotion dengan 30kg luggage apa lagi terus cepat2 booking. Travel untuk seorang dua boleh tahan lagi. Kalau travel in group mah garu-garu kepala cari kutu. Alhamdulillah 

#2 PENGANGKUTAN - KERETA SEWA DI LANGKAWI
Boleh guna Waze atau Google Maps. Jalan kat sini agak mengelirukan untuk yang kurang mahir. Ini contact person untuk 10 orang.

Jenis Kereta – Van 
Contact person – Izwan (017-258 8336)
Collect dan hantar di mana – Airport

#3 PENGINAPAN
Boleh cari hotel / motel yang murah-murah di laman web Booking.com / Agoda. Korang carilah motel sangat strategik, bersih, dan selesa, sebab dekat area Pantai Cenang, kalau bosan boleh je bersantai tepi pantai, kalau lapar ada banyak kedai makan, senang nak carisouvenir, dan paling best kalau lenguh2 kaki boleh je terjah kedai urut. Jalan kaki je. Ala-ala Jonker Walk dekat Melaka. Ini pilihan kami

DHANIA MOTEL
Lot 55, Jalan Pantai Cenang, 
07000 Langkawi, 
Kedah, Malaysia


#4 AKTIVITI DI LANGKAWI

Berkelah di Pantai Tanjung RhuPantai Tanjung Rhu di Langkawi ni kawasan pantai yg lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh media CNN. Agak jauh tapi berbaloi dengan keindahannya.



Langkawi GeoPart - 
Ada macam2 benda boleh buat kat dalam ni, Kalau nak rasa naik cable car pun bole, naik simulator utk F1 lah, ade 3D gambar lah. Semuanya kene bayar. 

Kalau rasa nak santai dan budget, korang boleh memilih untuk ke tepi tasik untuk aktiviti memberi ikan makan. Ade dijual makanan ikan dengan harga RM1 sepeket. Seronok betul diorang ni dapat bagi ikan makan. Ikannya pun jinak belaka. Sebab dah bese kot orang asyik bagi makan


#5 SHOPPING TERAPI MINDA 

Misi yang amat ditakuti. Borong chocolate 🍫 Secara jujurnya, memang harga  makanan atau barang dah tak macam dulu. Ada 🍫 atau 🍭yg dah naik harga. Tapi borong tetap borong.

Antara tempat lokasi shopping yang boleh diterjah.
  1. Langkawi Fair Shopping Mall - FF8, Jalan Persiaran Putra, Kuah
  2. Langkawi Saga Shopping Centre - Jalan Penarak, Kuah
  3. Coco Valley
  4. Haji Ismail Group
  5. the Zone
  6. Teow Soon Huat Duty Free Shopping
Nak beli ke tak nak? Kalu tak beli karang menyesal
Nak beli tapi senang tak nak angkut naik kapal terbang. ermm renung2 kan



****************************

KESIMPULAN

Langkawi memang tempat menarik untuk dilawati. Jangan risau, ambil masa sekejap, rancang dan bercuti lah. Yang pasti kualiti masa dengan keluarga atau kawan2 itu mesti ada.  Percutian 2D1N ini walaupun singkat tapi kenangan kekal abadi.






U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails