SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Showing posts with label ex-smkpa. Show all posts
Showing posts with label ex-smkpa. Show all posts

Monday, March 3, 2014

RINDU BILA TERPISAH..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.


nanie just nak share entry 2 bulan lepas. Lupa sangat nak update, bila check HP baru perasan ada lagi entry yang boleh nanie share. 

Kali ini entry perpisahan untuk BFF. Ria follow husband dia ke Sabah. Alhamdulillah rezeki datang tanpa di duga. Dulu mereka duduk berasingan satu di Semenanjung satu di Sabah. Itu la orang cakap, sabar pasti akan ada sinarnya.

Kebetulan Ria akan ke Sabah pada bulan January, jadi terus kami berpakat untuk buat small farewell merangkap celebrate birthday Ria.



************************

Kali ni kami buat simple gathering. Just makan2 dan shopping. Saja nak meluangkan masa ^_^

LOKASI
KLCC, AVENUE K dan TIMES SQUARE


Persahabatan itu ibarat sekotak crayon.. 

Masing-masing punya warna yang berbeza..
Tapi cuba kita gabungkan..
mereka akan membuat sebuah pelangi yang indah

doakan persahabatan kami ye semua ^_^


p/s insyaallah, kami akan berjumpa semula pada March. Wedding! wedding! Tak sabar nak jumpa dan pakai kain cotton yg sama coraknya.. jadi dayang-dayang bertauliah. hahaha.. miss u :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 30, 2013

MENGIDAM MAKAN KEK SECRET RECIPE..

Assalamualaikum.

ingat tak nanie ade cerita tentang Engagement Day BFF nanie? 

tak ingat ke?

nah baca link ini

Dipendek kan cerita, dalam masa E DAY kawan tu, adalah kawan nanie mengidam nak makan kek. Jadi da alang2 berjumpa terus kitaorg set masa untuk jumpa on the next day.. Dating la woooii.. rinduuuuuu..

ini last kitaorg hangout (entry Times Square)

***************************

SECRET RECIPE, WANGSA WALK

Secara jujurnya, kitaorg jarang lepak kar SR. Kitaorg lebih suka lepak mamak ke, mana2 kedai biasa je..Macam biasa sebelum nak makan tu, mestila kena tepek muka my super BFF dari sekolah menengah..



Untuk dating kali ini, kitaorang punye pilihan more to dessert je (sampingan) yelaaa sebab kawan mengidam nak makan kek kan? 

INI PILIHAN KAMI

Beef lasagna
Red velvet cake
Tiramisu cake
Chocolate Indulgence cake
Chicken Curry puff
Oreo MilkShake
etc



Alhamdulillah, nanie rasa bersyukur sgt dapat kawan2 yg memahami dan selalu ada di sisi nanie. Syukran Ya Allah. semua cerita tentang entry makan-makan ada dalam entry ini
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, December 23, 2013

BFF ENGAGEMENT DAY



Assalamaualaikum. selamat sejahtera..

semakin hari semua BFF nanie da menemui kekasih sejati. Alhamdulillah semua da melangkah ke next stage dalam hidup. BTW, sebelum nanie nak review e-day ni, nanie da dapat permission dari dia. Majlis ini diadakan di  serba sederhana :)

ZHAFRINA E-DAY 

Lokasi : Setiawangsa
Tarikh : 14 Dec 2013

Door gift memang sangat sweet.
 Lupa nak ambil gambar isi dia.
Mereka bagi homemade choc dan lolipop
Hantaran pihak lelaki utk perempuan.
sukanyaa kain sutera tu. warna soft je kan?
Hantaran pihak perempuan utk lelaki.
Coklat dia memang sedap.. yummmy  :)
Majlis tunang yang simple.
Tapi doorgift dan makanan memang sedap.

Tema - jubah hitam.
Rasa selesa sangat ^_^
Semua cerita tentang KAMI ada dalam entry ini
Kami 4 sahabat yg saling memerlukan
Sayang lillahiTaala..
 ******************************** 

UCAPAN ZHAFRINA HANIM,
kita ucapkan tahniah atas pertunangan awak. awk cantik sangat dan berseri2 time ni. Kita doakan semua perancangan ke majlis pernikahan awk nanti akan berjalan lancar. a few months to go.. Semoga kita dua akan menjadi seorang 
sahabat sampai syurga, insyaallah. 

Tolong jangan lupakan kita bila da kahwin nanti.
Nanti dah kahwin, bawak je suami hang out sekali.
^_^ hehe 

p/s next nanie akan reveal siapa yang make up kan my BFF :)
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, October 14, 2013

MEREKA KAWAN SUKA DUKA. GATHERING DI TIMES SQUARE..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Harini nanie nak share tentang PERSAHABATAN nanie dan kawan2 nanie.

YES, kami da kawan dari sekolah menengah lagi. 
Lebih kurang 10 tahun ++

Siapa mereka?

Allahu Akbar, banyak kenangan dan memori suka duka yg dapat dikongsi bersama. Rasa macam baru semalam je kenal, tapi bila diungkai semula kenangan. Rasa nak hugssss mereka banyak2..

So far paling jauh kitaorang pergi ialah Melaka. jemput baca {entry BUDGET trip kami ke Melaka}

Kali ni, nanie nak share tentang JJCM dan wayang di Time Square. Sambil makan, sambil gosip2 tentang kehidupan masing2. Ada yang dah kahwin {entry Ria kahwin}, ada yg nak kahwin next year, ada yg sedang bercinta dan ada yg sedang putus kasih. wiwiwi.


Biar gambar cerita segalanya. 

Demi ALLAH, nanie sayang persahabatan kalian
Jangan lost contact okay :)
Demi Allah, adik sayang kak noi.
She's hot kan? dia bukan adik nanie, tp kakak :)
Jarang dapat ambil gambar bersama.
TQ kak noi sudi jadi photograher. hihi
Nanie yg masih punya ketidaksempurnaan.
Sedang perbaiki diri untuk jadi lebih baik.

Sayangi diri sendiri ^_^


Inilah warna warni kehidupan nanie bersama kawan2.. Lumrah kehidupan, pasti ada pasang surut. Kadang2 kita gelak, kadang2 kita sedih dan kadang2 kita berselisih faham.. 

Cerita masam manis persahabatan yg ada pasti akan jadi kenangan abadi. 

p/s korang ada kawan dari zaman sekolah tak? jomlah share korang selalu lepak buat ape time gathering tu?
Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, August 6, 2013

TIPS SHOPPING RAYA DAN BERBUKA PUASA DI LUAR..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Mesti ada yang da siap shopping raya kan? Sekarang pergi mana2 mesti jalan jammed. ala pergi weekend tak payah cakap la. Menangis la korang tunggu dalam kereta. Kereta jalan pun macam siput. kahkah

Macam nanie, nanie kalau nak shopping area KL, naik aje public transport di hari bekerja. Nanie pergi minggu pertama puasa dan siap ambil half day lagi. Sebab tak sanggup nak redah kesesakan orang ramai on weekend. fuhhhhh~

*************************

TIPS SHOPPING RAYA

1) Naik public transport utk elak jammed. Tapi kena pastikan ada Touch and Go. Mudah, cepat dan efficient. Sebab bila ada Touch and Go ni korang tak payah nak beratur kat kaunter nak beli tiket. Buang masa dan tenaga je, kan puasa?

inilah rupa Touch and Go,
mana lah tahu ada yg tak pernah tengok. hihi
2. Rancang ke mana nak di tuju dan apa barang yang nak beli, Tujuan utama ialah untuk jimat masa survey barang. Biasalah perempuan ni, belek2 sampai puas hati baru lah beli. huhu

Tapi style nanie, kalau da jatuh chenta pandang pertama kat barang tu, terus beli. Malas dah nak fikir2, lagi tengah sesak ramai orang ni lagi2 kat Masjid Jamek. Kalau tempat terbuka ni, kena la ada skill tawar menawar ye, buatlah muka manis, lagi pun senyuman itu sedekah. Dapat pahala ^_^


Masjid Jamek - pastikan beli barang kualiti tip top.
Nanie beli 10 tudung (borong) kat kedai ni. ngee~


3. Bila shopping raya ni, confirmlah semua shopping complex buat jualan murah. Jadi, sebagai pembeli jangan mudah sangat terpengaruh. Sila berhati2 dengan tanda harga. Nampak tak belakang gambar kami tu, Sogo tengah Sale. Tapi even harga tu ada diskaun, sila rujuk dengan staff untuk double check harga tau.




Lepas pergi Masjid Jamek, terus singgah Sogo.
Teman kawan cari baju dan kasut raya.
Nanie da pokai da beli tudung tadi. haha
4. Sila bawa beg besar atau recycle bag untuk letak semua barang2 shopping. Yela kalau pergi kat Masjid Jamek kan dorang bagi plastik biasa je. Bukan apa, risau ada yg tercicir aje.

Macam nanie, beli aje Sogo recycle paper, mudah di bawa dan pergerakan jadi mudah. Sumbat kan aje semua beg plastik yg ada. ngee

Nampak tak bag recycle sogo tu?
Murah aje RM3.90
*****************************
Bila da shopping tu, mesti akan tiba ke waktu berbuka puasa kan? Macam nanie, lebih pentingkan air sebab yela da penat tawar menawar . kahkah. 

TIPS BERBUKA PUASA DI SHOPPING MALL


  • Sila cari tempat duduk seawal pukul 6.30 petang ke 7 malam untuk mengelakkan tiada tempat duduk.
  • Buka puasa air atau manisan lain dulu (kurma/ kuih), kemudian terus pergi solat Maghrib.*kalau tak, menunggu la. Macam kes nanie, Alhamdulillah, nanie solat awal, kalau tak, macam beratur nak ambil wduk tu macam beratur beli tiket wayang. haha*




















  • Make sure surau / ruang solat luas dan selesa untuk beribadah
  • Bawa telekung sendiri untuk elak menunggu jemaah lain solat.
  • Pakai tudung yang simple je, takdela berebut nak tengok cermin, hihi
Lepas da solat Maghrib, barula ceria nak berbuka puasa dengan senyuman.  Makan dengan penuh sopan ye kawan2. hehe

muka pucat sikit, tak pela janji senyuman sentiasa di bibir :)
TQ for your time. I miss u friend :)
Lupa nak share, actually mula2 nanie plan nak berbuka puasa dekat Sogo je, tapi sebab fikir ruang solat yg agak terhad, terus tak jadi. Tu yang pergi ke KLCC untuk berbuka puasa. Surau KLCC sangat selesa dan selamat sebab ada mak guard jaga..

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari itu.

 Nak tanya  korang pulak shopping kat mana? Dah pernah berbuka puasa kat luar ke?


Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, July 19, 2013

BFF WEDDING - RIA DAN RIZAL

As salam, selamat sejahtera.

Entry ini dah berlapuk dan bersawang. Actually malas gile nak upload dari Galaxy Tab ke laptop. Tapi sebab ini adalah entry penghargaan dan ucapan tahniah untuk one of my BFF.

Ini entry kisah kami, click link


***********************************

Lokasi : Dato' Keramat, Kuala Lumpur 

MAJLIS PERTUNANGAN

Senyum seindah suria.. I'm wearing green shawl. 
Bergambar di atas mini pelamin.. 
Kami bersahabat dari sekolah menengah.. Friendship forever..
**********************************

MAJLIS PERKAHWINAN

Sebahagian hantaran - tema purple

Senyum.. senyum.. senyum..
3 dara pinggitan yang sentiasa menemani pengantin.. weeehuuuuu ^_^
Jubah hitam pilihan kami. ala-ala muslimah gitu~

Ini dia pengantin yg kecik molek. yg berbaju kurung ialah mak andam.

************************

DOA UNTUK RIA DAN RIZAL


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Dari setinggi-tinggi dan seluas kasih sayang Mu, satukanlah kedua hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan taqwa kepada Mu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu, murahkan rezeki dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. 

Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah, mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Dengan taufik dan hidayah Mu, beruntunglah keduanya dalam kehidpuan di dunia dan akhirat

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

P/S Menitis air mata bila nanie taip doa ini. Kawan2, tolong doakan nanie agar terus tabah dan sabar dengan ujian Allah yang semakin mencabar. Allahuakbar. i Miss you badly :-(
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, June 21, 2013

MELAKA : KOTA A FAMOSA (PERCUTIAN BUDGET)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera

Aloohaaaaaa.. mood nak berblog da kembali.. Teringin nak g Melaka lagi je rasa, bila imbau2 tengok2 gambar ter kenang kenangan belajar di KPMM dulu2.. Aduyaiii..  

Rasanya ini last entry utk MELAKA, nanie try godek2 HP nak share pasal Jalan2 Cari Makan kat Melaka, macam coconut shake, makan seafood yg murah tapi gambar macam ada tak de je. Jadi nanie decide, sampai sini je la review bercuti budget ke Melaka.

Sebelum nanie bebel panjang2, korang dah baca ke entry sebelum ni?





********************************

KOTA A FAMOSA BANDARAYA MELAKA

kitaorg ni budget ciput, jadi kitaorang pergi la tempat bersejarah yg FREE

FAKTA

1. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur"  telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. 
2. Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. 
3. Kota A Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

**************************************
OKLA, korang bukan baca pun fakta tu kan, korang da pernah belajar da pun time sekolah menengah. hehe. Jom la layan gambar kami model yg sanggup  berpanas. Panas2 pun posing WAJIB.













FRIENDSHIP FOREVER


Kalau datang Melaka, tak datang tempat ni, nampak gaya korang memang RUGIIIIII besar sebab Melaka memang famous dengan sejarahnya ^_^


awkkkkkkk, jom cuti!! hahahaha
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Friday, May 31, 2013

MELAKA : MUZIUM KAPAL SELAM & PANTAI KLEBANG

Assalamualaikum.. selamat sejatera.


yeayyyy!! mood da kembali pulih utk blogging. TQ awak sebab bg semangat kat saya. hahaha


OKla, kali ini entry yang nanie nak share ialah tentang lokasi perlancongan untuk pelancong tempatan / oversea yg patut singgah kalau pergi MELAKA.


***********************


MUZIUM KAPAL SELAM, PANTAI KLEBANG


Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ... 


  

Waktu Lawatan

9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis

9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad


Sejarah semua dia ada cerita atas notice board. Bila nanie buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. 



Rugi tak datang wooo, macam2 ada. Bila masuk dalam kapal selam tu, baru lah kita tahu kehidupan mereka. Serius macam2 ada. boleh tengok tempat tidur, dapur, bilik meeting, dan lain-lain. Pengalaman yg tak boleh dibeli dengan wang ringgit $$


Gambar kenangan WAJIB ada, apa lagi kenangan BFF dari sekolah menengah sampai sekarang. Alhamdulillah, terima kasih Allah, korang memang best ^_^


Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye.. 06-282 6526

******************************

Next, lepas da melawat tempat sejarah, kitaorang pun terus tak lepaskan peluang main pasir dan tangkap gambar kenangan kat Pantai Klebang. Dekat je dari muzium tu, memang syok arrrr angin sepoi2 bahasa gitu. hehe

PANTAI KLEBANG



Time kitaorang pergi cuaca Alhamdulillah. Jadi bermula sandiwara drama tamil kat tepi pantai. hahaha main tarik2 tangan pulak da :p



GAMBAR WAJIB!! 4 sekawan yg memang sempoi and happening :)




Ada banyak gambar lagi, tapi malas la nak upload, cukupla jadi kenangan abadi diri sendiri dan kawan2..

p/s next entry, nanie nak update ada lagi satu tempat yg patut pergi kalau datang MELAKA. stay tune, tunggguuu !!



Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Monday, March 18, 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA - MELAKA (TEASER)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Ya allah, lambat gila nak update pasal cuti2 Malaysia yg nanie pergi last 2 weeks. Maafin ya kawan2.. *budget ada orang baca la tu*..

Tak pe, hati ni bagi teaser aje.. sebab belum kutip gambar dari kawan2 yg ada kamera.. Nanie guna hp cikai mana ada kamera canggih sangat..

yang pasti apa yg nanie akan review ialah :


BUDGET / PLANNING
trip budger utk 4 orang. Harga dan jadual untuk 2D1N

HOTEL
Tempat penginapan murah @ RM150 / 4 person

JALAN-JALAN CARI MAKAN
Coconut Shake Klebang
Cendol Jam Besar Bandar Hilir Melaka
Seafood - Crystal Bay, Alai

JALAN-JALAN IMBAU SEJARAH
Muzium Kapal Selam di Melaka
Kota Afamosa
Menara Taming Sari
River Cruise

cantek ke tidak??? ala2 frame gitu.. @Kota Afamosa

BFF - kawan dari sekolah menengah lagi (almost 11 tahun bersama)

HOTEL RM150 only.. murah x? nanti nanie reveal hotel mana.. haha


p/s tak sabar nak update lagi.. doakan sifat kerajinan nanie jugak ye. Assalamualaikum ^_^

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

Tuesday, November 27, 2012

IKEA - SHOPPING DAN MAKAN MEATBALL..


As salam.. selamat sejahtera.. 

Wahh lama nya tak update cerita jalan2 cari makan @ ikea kan? dalam blog ni, dah banyak kali nanie share makan2 kat restoran yg nanie rasa best.. (click entry ini utk senarai restoran yg pernah nanie review)  Tapi kali ni  tekak mengidam ni asek nak makan meatball lagi dan lagi je.. 


Tapi disebabkan ada byk masa dan byk nak abeskan masa bersama, kali ni memang makan tak ingat dunia.. janji have fun!!


Breakfast - drive thru @ Mcdonald



Menu simple - burger (ada daging dgn telur) dan coffee :)

,
Sebab drive thru, saje nak makan dalam kereta je..sebab nanti boleh gosip terhangat tanpa ada gangguan.. 

p/s Walau badai datang melanda, yg penting hiduplah penuh dengan senyuman :) 


*********************************

SHOPPING TIME!!

Lokasi : IKEA

Ini namanya bila keluar dgn BFF (Zhafrina), wajib snap photo. sebagai kenangan terindah.. even dengan troli pun jadi. haha




Yang ni pulak posing dengan bantal IKEA.. haha.. Bantal ni memang lembut betul. Tak kira apa yg ada, semua nak snap photo.. kihkih


cantek tak bantal ni? fuyooooo colour dan corak hampir sama dgn baju yang nanie pakai. kan? kan? kan?  


 Next month, memang target nak beli barang2 kat IKEAList gaji bulan depan

1. Reel langsir
2. Tupperware plastic
3. Langsir
4. Bantal (jika berkenan)
5. Cermin

utk shopping kali nitroli memang agak kosong. kahkah


************************************

Lunch - makan2 @ Ikea

Nampak tak meatball yg sedap tu??

agak2 berapa biji nanie makan?

Memang super sedap!!



Tak cukup makan kat IKEA, siap bungkus utk yg tersayang. hikhik

bukan 1 tapi 3 tupperware da rembat utk mereka.. 



Last but not least, ada sedikit ucapan utk si dia..



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Zhafrina,
Mengenalimu satu kesyukuran, 
bergurau denganmu satu kebahagiaan, 
menyakiti hatimu akan ku elakkan..
satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.

touching tak? hahaha 



friendship forever dear :)

Published with Blogger-droid v2.0.8
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails