Friday, February 15, 2013

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YG SALAH

As salam.. selamat sejahtera....


Tajuk hangat yg nanie post hari ni, 

sengaja re-post semula dari FB ke blog untuk tatapan blogger yg nanie sayangi..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih / tunang / suami / isteri ,apatah lagi kita dibuang begitu saja... 

Tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL


********************************

KESIMPULAN


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. *nasihat diri sendiri juga*

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥



' Janganlah kamu terlau membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh' (HR Ibnu Majah no.1130)

4 comments:

  1. setuju. alhamdulillah skrg tuhan dh bg jodoh yg terbaik utk kita kan. kalau takde jodoh tu mesti ada hikmah dia :)

    ReplyDelete
  2. ye betul, jodoh Allah tentukan..

    even kita da kahwin ni pun, kita tak pasti jodoh kite dgn pasangan sampai bila, jadi sentiasa redha dgn setiap ketentuan Allah :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak nani, mohon mencopy ke blog saya..terasa la bila bc entry nih..huhu

    p/s: doakan sy cepat jodoh jgk..blog akak byk bg inspirasi n kata2 nasihat yg memg melekat kat hati sy..thanks akak!lebiu..hehe :-)

    ReplyDelete
  4. inshallah adik. ade sebab kenapa allah beri setiap dugaan kan?

    selamat membaca dan selalu la komen ye. hehe

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..