Friday, February 22, 2013

KERANA LIDAH...

assalamulaikum.. selamat sejahtera..


Muhasabah diri

Menjaga lidah itu penting supaya apabila bercakap biarlah perkara-perkara yang berfaedah dan membawa kebaikan sahaja.  jika selain daripada itu, lebih baik berdiam diri sahaja.

 Hal ini ditegaskan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW berpesan,
"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik-baik dan kalau tidak, hendaklah dia diam."






KERANA LIDAH Adik beradik bergaduh,

KERANA LIDAH sahabat menjadi musuh,

KERANA LIDAH bisa berdusta,


KERANA LIDAH badan binasa,


KERANA LIDAH juga kita berdakwah,


KERANA LIDAH kita bercakap benar,


KERANA LIDAH kita berukhwah,


KERANA LIDAH kita memuji Allah,





LIDAH walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali...

boleh MENDAMAIKAN dan boleh MEMPORAK-PERANDAKAN

boleh MEMPESONA dan boleh MELIARKAN.. 

boleh MENGHASUT dan boleh MEMUJUK..



Kalau seseorang mengutuk / menceritakan yg buruk2 / menjadi dalang dalam perhubungan kamu, biarkan. Jangan dibalas dengan kata-kata hina. Jaga dirimu. Jaga akhlakmu. Jaga mulutmu. Senyum dan doakan dia.. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk berubah.... 


p/s Manusia tak sempurna, manusia ada buat salah dan silap. Jika nanie ada buat salah silap, Nanie minta maaf zahir dan batin. Kita tak tahu bila ajal kematian  kita, jadi marilah sama2 kita gunakan lidah dengan sebaik-baiknya.. 



2 comments:

  1. Salam Kak Nanie..

    Thanks sudi melawat blog saya..btw,good entry..

    Baiklah..sy maafkan Kak Nanie..hehehe :-)

    ReplyDelete
  2. @zarina - terima kasih maafkan nanie..

    hehe

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..