Tuesday, March 19, 2013

MELAKA : TIPS MERANCANG PERCUTIAN BUDGET..

assalamualaikum.. selamat sejahtera kawan2.. 

Hari ni just nak update cerita tentang dating aka travel dengan kawan2. Ini adalah pertama kali dalam sejarah bila ngedate jauh2 sampai ke Melaka.. haha Even kitaorang kawan da nak masuk 11- 12 tahun lamanya, tapi x pernah la jejak kaki luar dari Kuala Lumpur. anak mak katanya.. 

So, disebabkan keterujaan yg tak terhingga, nanie tawar diri untuk planning dan merancang budget untuk trip 2D 1N

Date - 23 and 24 Feb 2013
Destinasi - Melaka Bandaraya Sejahtera
Teaser - entry ini

Kat bawah ni, nanie akan share macam mana nanie planning untuk ke sana.

****************************




TIPS MERANCANG PERCUTIAN BUDGET

1) Rancang percutian dengan lebih awal dan bijak.
Cuba elakkan dari memilih untuk percutian waktu cuti panjang seperti cuti sekolah atau cuti umum. Kebetulan, kami memang nak percutian budget, jadi bulan Feb memang kami elak dari Chinese New Year. Kenapa? baca tips seterusnya.
2) Pastikan peruntukan kewangan anda mencukupi untuk percutian yang dipilih.

Jika anda merancang untuk melancong di musim cuti, cara termudah untuk menikmatinya tanpa perlu menanggung perbelanjaan yang membebankan adalah dengan menabung sejak beberapa bulan sebelum percutian itu. 
Cuti-cuti umum ini yang dianggap ‘peak season’ terutama sekali cuti sekolah yang pendek seperti dalam bulan 3 dan 8 yang seminggu sahaja tempohnya, kos-kos percutian dalam musim ini akan meningkat kerana bilki-bilik sewa, hotel dan apartment akan penuh.
ini contoh belanjawan / budget nanie untuk 4 orang.
Tak sampai RM150 untuk seorang.
Belanjawan ini termasuk makan / minum / tempat tinggal dan aktiviti perlancongan. Jimat bukan?

3) Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui Internet.
Kami duduk berbincang atau sms je utk nak confirm sesuatu. Mudah je. Jadi, kata persetujuan dah dibuat, baru akan keluar jadual untuk  Hari pertama dan hari kedua. 
Mengapa? kerana bila kita rancang aktiviti seterusnya, kita boleh survey harga, survey tempat menarik dan boleh baca review dari pelancong sebelumnya.
ini contoh jadual aktiviti kami. Kena punctual sebab kalau lambat, buang masa dan terpaksa delay / batalkan aktiviti lain.
masa itu emas, jadi rancanglah dengan berkesan :-)
4) Pastikan dokumen-dokumen penting semua valid / kenderaan dalam siap sedia untuk kemudahan.
Macam nanie, disebabkan Melaka dalam negara sahaja. Jadi xperlu risaukan passport, tiket kapal terbang, atau  visa untuk dibawa bersama sebelum memulakan percutian. Untuk destinasi dalam negara menggunakan kenderaaan sendiri,  check lesen, check road tax, GPS dan yg penting kereta dalam keadaan baik :)
5)  Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat. 
Tips ini boleh digunakan bila korang tak tahu nak makan kat mana, cari kemudahan awam atau nak cuba aktiviti / lokasi menarik di negeri / negara itu. Jangan segan bertanya, nanti sesat jalan :p



Rasanya itu je tips yg boleh nanie share. Hopefully, dapat membantu kawan2 merancang percutian budget ^_^


6 comments:

  1. ELYA - thanks dear.. sharing is sexy. haha

    ReplyDelete
  2. next time boleh buat bajet untuk jalan2 satu Melaka pulak. nice info!

    ReplyDelete
  3. @nadeafu chan - thanks awk.. will do kalau ade kelapangan masa :)

    ReplyDelete
  4. trip ke Penang belum lagi ea? hihi

    ReplyDelete
  5. @nadeana chan - trrip ke penang belum buat lagi. i will do, insyaallah kalau ade kesempatan :)

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..