Friday, April 26, 2013

JANGAN JADI MACAM MERAK WAHAI MANUSIA..

assalamualaikum, selamat sejahtera.

ok, hari ni nak cerita tentang MERAK. punca sebab ada orang tanya nanie merak tu kalau x kembangkan sayap dia cantik ke? errrrr, terus terkantoi nak jawab. Selepas tu, terfikir dan terus rasa nak buat entry.. haha spontan gitu.

******************************
Dalam banyak banyak burung, memang burung merak la paling cantik kan sebab dia berwarna warni berbanding burung lain.. tapi sebalik kecantikkan dia tu dia ada satu perangai yang burung lain tak gemar..

Merak tu berlagak dan angkuh


Merak selalu rasa dirinya paling cantik dan hensem.. sebab tu dia selalu kembangkan sayapnya bila nampak burung lain cuba datang...

haishhh tu haiwan.. macam mana dengan manusia?? rase rase same tak?

Percayalah ciptaan Allah tak ada yang tak cantik pun.. semuanya cantik belaka... tapi kenapa ada manusia yg selalu berbangga dengan keCANTIKan rupa paras daripada hatinya?

cer kite tengok kan.. kalau muka seseorang tu cantik sekalipun tapi hati dia tak macam rupanya dan bandingkan dengan orang tak seberapa cantik tapi hatinya terlalu mulia.. sama ke?


nak ke Allah bagi muka cantik tapi hati busuk??



Buktinya Allah Maha Adil..

Depan orang semuanya indah, belakang atau dalam hati ada naluri tersendiri, Jangan risau.

Allah Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dalam hati korang.

Janganlah korang rasa apa yang korang ada tu kekal.. sebab dah tertulis.. satu hari nanti Allah tetap akan tarik satu persatu apa yang kita miliki sekarang... sama ada kita sedar or tak sedar..

Contohnya paling nampak rambut kita la.. macam mana warna rambut kita masa lahir.. dan bandingkan dengan rambut kita 50 tahun akan datang.. same ke?? umur kita pun macam tu jugak.. sebab tak ada yang kekal pun.. 

kalau dulu kita pernah ada kat atas, percayalah.. kita pun boleh drop juga.. Wallahualam.. 

Kesimpulan, mudah je, Allah tahu. Allah nampak. Allah rasa apa dalam hati kamu.

p/s Ini sekadar renungan bersama.. Nanie antara manusia yang tak sempurna nak menasihati.. Ini hanya coretan di hari Jumaat. peace yawwww :) Assalamualaikum

1 comment:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..