Tuesday, April 2, 2013

PERAMPAS, MERAMPAS DAN TERHAMPAS..

assalamualakikum.. selamat sejahtera..

Hampir hari-hari kite dengar cerita orang tu rampas laki orang ni, orang ni rampas kekasih orang ni. pastu kuar la dalam berita kes bunuh diri sebab suami ade pompuan lain. 


Ya Allah! mane imanmu,sayang?


Yang menjadi orang ketiga, bile ditanye, kenapa rampas orang tu, seronok aje die jawab, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dah die nak kat aku. kau tak pandai jaga dia. dah perasaan tu timbul,takkan nak halang. ok, jawapan sebegini memang jawapan murahan. bagi nanie!

Siapa yang sanggup berkongsi kasih? baik pompuan mahupun lelaki. Dua-dua taknak,kan? Nanie paling benci perampas. sebab tu bile nanie berkawan dengan mane-mane lelaki yang dah berpunya, nanie akan ingatkan die, KAMU SUDAH BERPUNYA. bukan kerana nanie takut die jatuh cinta pada nanie, TAK! sebab nanie nak die tau, nanie taknak ade hati yang terluka. *sampai sekarang masih ada yg merayu*

Tiada alasan dan jawapan seperti di atas untuk kamu-kamu yang jatuh cinta pada mereka yang dah berpunya. Jangan sesekali meruntuhkan kebahagiaan orang lain. letakkan diri kamu pada tempat orang tu. Rasakan betapa peritnya bila bahagia itu pergi! Jangan jadikan alasan dah orang tu pon suke kamu, kamu pon on je la. nope! kamu perlu sedarkan orang tu. kalau kamu betul-betul sayang orang tu, ingatkan die, nun di sana ade hati yang menyayangi die. 

Jangan jadi PERAMPAS! bagi nanie, perampas tu kejam. kejam sangat. 

tolonglah sedar diri..jangan mencari bahagia atas airmata seseorang tu... 

Latest update (27 March 2013) dari Metro, 40 peratus bercerai akibat orang ketiga? tak percaya? nah baca entry dari Metro

NOKTAH.



****************************


p/s ''Aku bukanlah manusia sempurna untuk menasihati sesiapa.. aku juga bukanlah manusia yang terbaik untuk bersama dengan manusia yang baik.. aku suka bersendiri.. biarlah Allah tentukan yang baik buat diri yang kerdil ini.. Sungguh.. Tidak ada yang memahami keadaan diriku.. keadaan hatiku.. melainkan Pencipta yang menciptakan aku.. Cukuplah hanya doa yang dapat kupanjatkan "

3 comments:

  1. setuju!!!

    as for me kan kak, mmglah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. pokok pangkalnya, yang merampas tu, pegi tepuk sekali kenapa???

    lepas tu, satu fiil yg sy jumpa, dah tahu salah melayan suami orang, tp masih nak layan. penat dah mulut ni menasihat, cakap yg apa perasaan kita perempuan if suami kita yg buat mcm tu. hmm..

    xoxo kak naniee!! :)

    ReplyDelete
  2. agree..!! perempuan yang baik tak kan buat mcm tu kan nanie...

    ReplyDelete
  3. ermm.. thanks all. btw, siapa mkn cili die terasa pedasnya kan? hehe

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..