Friday, June 7, 2013

BAHAGIA ITU PILIHAN..




Dalam bercinta atau rumah tangga, perlukah Anda mencari persamaaan dengan pasangan Anda?

Bagaimana jika Anda dan pasangan Anda langsung tidak menemui persamaan?

Anda dan pasangan Anda diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Tak akan ada orang yang perfect sifatnya.Pasti ada yang kurang di mana-mana. Kekurangan Anda akan di isi oleh orang yang satu lagi, iaitu pasangan Anda.



Keserasian wujud apabila pasangan Anda mengisi kekurangan Anda kemudian Anda pula mengisi kekurangan pasangan Anda.

Personaliti Anda dan personaliti pasangan Anda tidak semestinya banyak sama tapi mesti saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

****************************
Cinta sifatnya membahagiakan.

Cinta jadi lebih bermakna apabila Anda menikmati kebahagiaan bercinta / rumah tangga melalui perbuatan – misalnya berkebun bersama-sama, bersukan bersama-sama, memasak bersama-sama, beriadah bersama-sama atau shopping bersama-sama.

Cinta akan menjadi apa yang Anda fikirkan jauh di dasar hati kerana ia dibentuk oleh sistem kepercayaan Anda.

Bila Anda percaya cinta itu membahagiakan, maka itulah yang akan jadi.

Tapi apabila Anda percaya cinta itu menyeksakan, maka itu jugalah yang akan jadi.

Salam Ukhuwah..~