SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, July 23, 2013

KEHEBATAN DOA.. ALLAHUAKBAR..


Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Harini nanie nak share something, memang nanie bukan la USTAZAH, ORANG ALIM atau WANITA YG SEMPURNA, tapi tak salah kan kita nak kongsi informasi. Ini blog nanie, jadi nanie rasa bebas dengan apa yg nanie nak kongsikan. 

Tak suka? sila pangkah.

*****************************


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;



"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.


"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

*******************************



p/s Jadi jangan berhenti mendoakan sesiapa yang korang sayang. Jangan menyalahkan takdir atau orang lain. Sekali anda menuding jari ke orang lain, empat jari berpatah balik pada anda. Jom muhasabah diri sendiri dulu, sebab setiap manusia kan tak sempurna. 

Nanie minta maaf kalau ada buat salah silap. Jangan di simpan dalam hati. LazatnyA MemberI MaaF LebiH BaiK DaripadA LazatnyA MembalaS DendaM. Peace yaw~ 

Assalamualaikum *tak jawab dosa* hehe




U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com
Related Posts with Thumbnails