Tuesday, December 10, 2013

NAAN CHEESE TERBAIK DI RSMY HOUSE OF REAL BERIANI

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Nak buat entry ni sendiri rasa terliur weeiii.. serius restoran yg nanie nak review ni memang TERBAIK.. Actually, nanie rasa fenomena naan cheese ni tercetus dalam Instagram. 

Ya Allah, nanie paling pantang dengan orang yang upload photo dalam IG time malam. Mula lahh perut nak berkeroncong la, mengidam tak tentu pasal. hahaha

Disebabkan tak tertahan dan terliur dengan naan cheese tu, nanie set time dengan kakak n kwn nanie.

MENU ISTIMEWA
Naan Cheese meleleh keju yg banyakkkkkkkkk!!



Menu simple je.  click gambar untuk lihat lebih jelas.


Gambar nan cheese - nampak tak meleleh dia punya cheese tu.. aduyaiiiiiii...
Jangan makan laju2 kang ada yg muak lak..


GOOGLE - Setiap satu naan akan letak sekepal cheese.
Ya Allah berapa kalori makan ni.
Takpe lupakan sebentar kandungan kalori ye kawan2. haha


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KAT MANA LOKASI RSMY?

Agak-agak korang rasa macam familiar tak dengan nama RSMY House of Real Beriani? Haha... kalau korang nak tahu inilah restoran yang menghidangkan Cheese Naan yang super power dekat Kuala Lumpur. 

Lokasi RSMY House of Real Beriani terletak berhadapan dengan Hotel Lotus dan PUSMA (Unit Pembangunan Usahawan MARA).


Alamat : 11 dan 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Telefon : 03-2697 0700 / 03-2697 1700

Setakat ni mana-mana kedai mamak yang pernah nanie makan, belum ada satu pun restoran yang boleh challenge kehebatan Cheese Naan dekat sini. Perghhh! Meleleh gua cakap sama lu! 


RECOMMENDED.
Makan naan cheese cicah dengan daging keema. AWESOME!
p/s siapa nak makan sana ajak nanie. nanie guarantee korang puas hati dgn cheese dia. Pizza Hut tengok pun meraung (oppss! Hehehe).

4 comments:

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..