Thursday, January 29, 2015

#TRAVEL2015 - BP INTERNATIONAL HOUSE DAN MTR DI HONG KONG..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Kembali bersiaran untuk update percutian di Hong Kong. Untuk pengetahuan semua waktu Hong Kong adalah sama dengan waktu di Malaysia jadi tidak perlu betulkan jam tangan anda. kihkih

Bagi yang belum membaca tips yang berguna, sila click TIPS PERSEDIAAN KE HONGKONG

Kali ni, nanie nak share kat mana nanie tinggal di Hong Kong dan pengangkutan awam yang nanie guna di sana. Jimat dan praktikal. Tak perlu guna travel agent ye kawan2.

BP International House...





Kenapa nanie pilih BP International House
  • Urusan check-in di BP International juga cepat dan mudah. 
  • Komunikasi - Pekerja mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan mudah untuk kita berkomunikasi. 
  • Kemudahan dalam bilik - ada kettle dan peti ais yang boleh simpan stok makanan dari Malaysia. Ada air air panas dalam shower, mudah nak mandi bila bangun pagi
  • Hotel berhampiran dengan MTR station. Laluan MRT juga agak selari dengan Nathan Road. - mudah untuk bergerak
  • Macau - Jika nak ke Macau, hotel ini berhampiran dengan China Ferry Terminal. jalan kaki je :)



TIPS MEMILIH HOTEL DI HONG KONG
  • Survey location hotel, pilih yang berdekatan dengan MTR Station dan tempat makan.
  • Cadangan - cari hotel yang berdekatan dengan Tsim Tsa Tsui atau dalam kawasan Kowloon. Hotel-hotel sepanjang Nathan Road juga strategik.   Antara hotel yang berdekatan dengan Jordan Station ialah Shamrock Hotel dan BP International House.
  • Baca review yang ditulis oleh travellors yang pernah stay kat hotel2 tersebut.
  • Booking hotel awal dan dengan segera. Jangan delay2 sebab website ni akan provide early bird discount utk early booking dan setiap hari harga hotel akan meningkat. lagi lambat booking, lagi mahal harga hotel.
  • Untuk menempah hotel online, nanie gunakan http://www.booking.com/. Nanie dapati, harga yang ditawarkan lebih murah Sebarang tempahan juga boleh dibatalkan tanpa sebarang caj sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh check-in.

Hotel-hotel lain yang berdekatan dengan Tsim Tsa Tsui Station/Kowloon Mosque/Symphony of Light /Sogo/Avenue of Stars – Holiday InnImperialSheraton,Kowloon HotelPeninsula


*********************************


Pengangkutan awam - MTR (Mass Transit Railway)

Sistem pengangkutan di Hong Kong sangat sistematik dan bersepadu. Kita boleh ke semua tourist attractions dengan mudah menggunakan rangkaian MTR. 

Kenapa nama dia Octopus?
Mungkin kerana rangkaian yang melingkari setiap sudut Hong Kong membuatkan ianya dinamakan Octopus. Kad Octopus ini seperti kad Touch N Go, 

TIPS : 

  • Beli octopus card di airport bila korang jejak kaki di Hong Kong nanti.
  • Dapatkan peta rangkaian MTR  di Tourist Information atau di Customer Service Counter di semua MRT Station. 





Untuk mendapatkan kad Octopus, korang perlu membayar HKD 150 

  • Nilai minimum ialah HKD 50. Bermakna, dengan membayar HKD 100, nilai yang boleh digunakan untuk perkhidmatan MTR atau bas bernilai HKD 50. Apabila korang memulangkan kad Octopus, deposit HKD 50 akan dipulangkan kepada anda berserta baki yang tidak digunakan.

Next update - nanie akan update budget dan itinerary. tunggguuu :)

14 comments:

  1. wahhhh pengangkutan nama octopus...glamer betul nama tu kan...hebat la sistem map tu...mcm2 leh pi tgk kan...alahaiiii membuak rasa nak tahu lg...dik nanie boleh tak nanti next entry besar kan gambar2 tu semua...x puas la tgk kecik hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kakak. comel kan nama kad dia. hehehe insyaallah next entry sy besarkan gambar. terima kasih atas komen yg positive ini.

      Delete
  2. Nk tnya,bpe lama masa yg pling ssuai utk book hotel sblum kte pegi utk pstikn xdpt hrga mahal ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanie cadangkan 3-6bulan awal. tapi jangan terlalu awal sangat mcm setahun awal ke sebab hotel kadang2 akan buat last minute deal. jadi be prepared. hehe

      Delete
  3. Waktu best kalau nak ke hk.. nak rase musim ala2 sejuk tp selesa..bulan berape ye awk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim sejuk tapi bukan salji tau pada bulan dec dan january. Agak windy cuacanya.

      Delete
  4. Assalam sis..boleh email kan itinerary perjalanan sis ke HK ke roslina2826@gmail.com sy akn pegi sana pd 19 nov ni.
    Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalamualaikum. salam perkenalan. sy dah forward itinerary ye.

      Delete
  5. hye.. Assalamualaikum.. sy juga nk Iti dan budgeting as my ref. tuk ke sana nnt.. terima kasih. (syahmi.uitm @yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. sy dah forward itinerary pada email awk ye. selamat bercuti

      Delete
  6. assalamualaikum,boleh forward itenerary ke Miadlan47@gmail.com,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. sy da send email ye. selamat bercuti

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..