Wednesday, March 4, 2015

JOM MAKAN DI BOAT NOODLE, HARGA RM1.90 SEMANGKUK.

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Siapa penah makan BOAT NOODLE? Rasanya restoran ni dah menjadi viral dalam laman sosial. Kalau nampak orang ambil gambar mangkuk yang bertingkat-tingkat, itulah Boat Noodle. hihi


Actually, nanie pergi Boat Noodle ni dengan my sister. Dia teringin sangat nak pergi makan kat sini. Jadi, dah alang-alang nanie cuti, nanie terus ajak and ni memang plan mengejut. Nanie pergi ke Publika, itu pun ikut waze. Demi Boat noodle, kami sanggup sesat. haha

Jadi, kalau dah mengejut tu, korang kena be prepared la. Sebab selalunya akan kena beratur panjang, tapi akan ada staff yang akan ambil nama korang untuk masukkan dalam waiting list

FAKTA BUKAN AUTA
Menu dalam restoran ni menawarkan rice noodle dengan 2 jenis kuah. Satu soy sauce (masin pedas sikit) tapi sangat best. Satu lagi kuahnya agak manis. Nama pun pelik, tak reti nak sebut. Ada daging dan ayamSaiz mee dalam satu hidangan sikit je. Dua kali telan, selamat masuk perut. 
Refer kat image ni untuk ketahui perbezaan sos yang digunakan
Inilah menu yang ada di boat noodle. Simple sahaja. Dan harganya hanya RM1.90 semangkuk. RM1.90??? murahkan?? biar betul!
PERUT KENYANG SUKA HATI.. Overall, makan kat sini memang puas. Service cekap dan cepat.
 Kami makan total 12 mangkuk + chicken wing + dessert. 

Yang paling menjadi favourite Thai Teh Ais dan Ice Brended Thai Coffee. Air dia memang menjadi igauan sampai sekarang. Paling best air dia dalam saiz besar. Sedap dan tak berapa manis. 

Burppppp!!! Alhamdulilah. Kenyang dan memang sangat menepati citarasa kami. Next time nak pergi lagi. Yang best harga yang dikenakan tidak ada langsung segala tax. i like!

RECOMMENDATION TO BOAT NOODLE
Satu je yang tak berapa berkenan tang mangkuk tu. Kebanyakan mangkuk yang dah sumpik masih digunakan. Harap boleh improve :)

 Berminat nak pergi? 

Ni alamatnya untuk Lokasi Boat Noodle di :

1.  The School @ Jaya One : P2 Floor
2.  Empire Damansara : G Floor
3.  Ikon Connaught : G Floor
4.  Publika : Block C5, G3
Opening Hours : 11am-9pm

p/s Nanie recommend korang cuba makan kat sini. Bawa keluarga atau datang dengan kawan-kawan. Korang challenge siapa boleh makan paling banyak. Haa.. mesti meriah dan best kan. Tapi masing-masing bayar sendiri-sendiri lah. hahaha

SELAMAT MENCUBA :)

4 comments:

  1. WAKTU MULA2 MKN DULU MMG TERKEJUT..MURAH SGT 1.90...HEHEHHEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kAN?? nanie pon tkojot. even bila tgk total bil pun mcm tak caya. alhamdulillah, mmg murah n sedap. recommended :)

      Delete
  2. Salam Nani... Salam perkenalan :)

    macam best je tmpt ni... kene cuba ni... tapi skrg mesti dh kena GST kan... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAH la yang. mesti ada charge GST punya. takpe, kalau nak rasa pejam mata je. janji dapat rasa kan? hihi

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..