Sunday, May 24, 2015

REVIEW WAYANG VS NOVEL - SUAMI AKU USTAZ (2015)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Alhamdulillah, berjaya juga update blog. Subhanallah nanie sangat busy sampai terabai blog yg sayang. Sekarang nanie sempat reply email je. Maafkan nanie ye. OK, dalam busy2 tu, sempatlah nanie jejak kaki ke wayang jugak. hihi. Nanie bawa mak pergi tengok wayang. Saje nak bagi mak HAPPY :)

Buy 1 Free 1.
Hari Khamis di semua TGV (guna Maybank Card)

************************

So, kat sini nanie nak review SINOPSIS NOVEL DAN WAYANG 

SUAMI AKU USTAZ

SINOPSIS NOVEL
Penulis :Hannah Dhaniyah 
Harga : RM22.00 


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Perghhhh, kalau dari sinopsis pun dah berkenan. Nanie suka cerita yang pelajar kahwin dengan cikgu ni. Nanie suka dialog dia semua berkaitan dengan Islam. Cara penulis ni tulis dialog ustaz ni, memang seronok. Rasa cara pendekatan yang terbaik. Siapa siapa yang rasa novel yang berkaitan dengan agama ni kekadang skema dan bosan, cubalah baca novel Suami Aku Ustaz ni sebab kalau baca mesti terpikat terus lah :)

*********************************

REVIEW FILEM
Lakonan :Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz 
PENGARAH: Ghaz Abu Bakar & Adi Putra

Filem ini mengisahkan Alisa yang berusia 17 tahun yang akan menduduki SPM dipaksa untuk berkahwin dengan abang sepupunya Hafiz. Hafiz adalah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Alisa. Dengan kedegilan Alisa suka merayap dan melepak dengan kawan - kawan lelaki sekolah membuat ibubapa sering risau. 

Ibubapanya nekad untuk menikahkannya dengan Hafiz sebelum mereka pergi ke tanah suci.  Dalam terpaksa Alisa akur dengan kemahuan ibubapanya. Pernikahan mereka dirahsiakan atas permintaan Alisa terutama dari kawan karibnya. Selepas kahwin pun Alisa masih berperangai seperti dulu. Sedikit demi sedikit Hafiz menegurnya dan mengubah perangai Alisa . Ini membuatkan Alisa tidak senang dengan teguran Hafiz. Usaha Hafiz tak pernah mengenal erti putus asa untuk mengubah isterinya


PUJIAN 
  • Nora Danish berjaya membuktikan kemampuan dirinya untuk melakonkan watak remaja 17 tahun (walaupun umur 33 tahun) yang memberontak akibat dipaksa berkahwin dengan lelaki matang tanpa rela.
  • Adi Putra  memegang watak sebagai Ustaz Hafiz dan berjaya melunaskan tanggungjawabnya sebagai pelakon dengan cemerlang biarpun turut bertindak sebagai pengarah bersama filem itu.
  • Dialog Islam - banyak unsur pengajaran tentang rumah tangga. I like :)
  • Nilai MurniKeikhlasan  dan ketabahan suami untuk melayan karenah isterinya yang seperti kebudak-budakkan patut dicontohi
  • Air mata - filem ini berjaya membuat penonton mengalirkan air mata. Sebak dan sedih dengan jalan cerita. Menyentuh jiwa.
p/s kalau ada masa, korang pergilah tonton, bagi nanie filem ini sarat dengan pengajaran. #kipidap

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..