Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
Hari ini nanie just share satu tempat makan yang korang boleh jadikan sebagai satu alternative untuk berbuka puasa atau dinner bersama keluarga. Nanie percaya, tinggal di Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit dan terpaksa berhadapan dengan jammed pasti memberi tekanan.
Apa kata, bila tiba weekend korang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di pinggir Gombak.
**************************
MENGAPA PERLU KE SINI?
- Persekitarannya yang dikelilingi pohon-pohon rendang, struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu serta batu-bata, selain bahan-bahan pakai dan terbuang yang memberi satu kelainan.
- Sajian yang disediakan juga pasti mengubat kerinduan masakan emak terutama bagi mereka yang gemarkan makanan pedas :)
************************
FAKTA RESTORAN GOLEK-GOLEK
- Restoran ini hanya dibuka pada hujung minggu iaitu malam Sabtu, Ahad dan malam Isnin.
- Restoran ini milik persendirian novelis popular, Ahadiat Akashah.
- Kawasan yang terletak diatas bukit dengan kecuramannya lebih 40 darjah
- Ada sebuah rumah tradisional Melaka tersergam indah dibina ratusan tahun di tengah-tengah kawasan restoran tersebut yang menarik minat pengunjung
- Ada kawan2 tanya, tak ada nyamuk ker bila kawasan kampung ni? Jawab nanie nyamuk memang ada di mana-mana ketika waktu malam. Dont worry, owner ada letak bakar bekas telur untuk menghalau nyamuk. Creative kan idea sebab boleh jadi alternatif yg berfungsi sebagai ubat nyamuk. Bravo!
********************
BUFFET RAMADHAN - MENU MASAKAN KAMPUNG
MAKANAN UTAMA
Nasi putih
Ikan bakar sambal petai
Sambal udang petai
Sotong bakar sambal
Lala goreng bercili
Ikan keli balado
Daging masak kicap
Ikan patin masak tempoyak
Ayam goreng kunyit
KUIH MUIH TRADISIONAL
Puding Jagung
Keria
Onde-onde (Buah Melaka)
Cucur udang
Cucur pisang
Keledek goreng
AIR (ais self service)
Teh tarik
Oren
Teh O
BERAPA?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEMUA INI HANYA RM39 SAHAJA
********************
RECOMMENDATION
Sebagai pengunjung, Nanie nak suggest surau bahagian perempuan perlu diperbesarkan sebab hanya muat 2 orang sahaja. Paip untuk mengambil wuduk terlalu open. Untuk elakkan nampak aurat, kami sanggup mengambil wuduk di dalam toilet.
Tolong consider maklum balas ini :)
********************
KESIMPULAN
RECOMMENDED
Bagi mereka yang ingin menempah atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Norhayati 017-4070007 di Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Kilometer 10, Kampung Gombak Tambahan, Gombak.
FYI, ini adalah review percuma, tiada bayaran dikenakan Ikhlas dari Nanie |
Waaa...mcm murah je nihh...best ni tp nk pegi jauh sgt...
ReplyDeletealhamdulilllah, harga murah berseuaian dgn menunya. selamat berpuasa
Delete