SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, July 22, 2015

RAYA2015 - 1ST RAYA AIDILFITRI #KOSONGKOSONG

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk almost seminggu raya. Allahukbar, cepat sungguh masa berlalu. Di kesempatan ini, nanie nak minta maaf pada semua andai kata ada tersilap atau terkasar bahasa sepanjang nanie menulis blog ini..

Ok, kali ini nanie nak kupas topik MINTA MAAF 

*****************************



Perbuatan memohon serta memberi kemaafan merupakan satu amalan yang mulia disisi syarak. Oleh itu di antara adat resam orang Melayu ketika menyambut Aidilfitri adalah dengan saling bermaafan di antara satu sama lain. 

Ucapan yang paling sering kita dengar ketika sambutan Aidilfitri adalah ‘maaf zahir dan batin’ atau kosongkosong

Persoalannya: 
Kesempatan yang tidak pernah dilepaskan oleh umat Islam sewaktu menyambut hari raya, ialah amalan bermaaf-maafan. Ia sudah menjadi satu kebiasaan pada pagi hari raya. 

Adakah perbuatan ini hanya perlu dilakukan pada hari raya? 

Jawapan: 


Hakikatnya tidak ada masa tertentu atau musim yang khusus untuk kita bermaaf-maafan. Cuma apabila berada pada hari kebesaran Islam dan hari kegembiraan umat Islam, eloklah kita menggunakan kesempatan bermakna ini, untuk mengikis perasaan ego dan takbur diri dengan memaafkan segala kesalahan saudara-saudara kita. 

bila ada sesi ini, mulalah drama air mata berlaku. Ini namanya ikhlas datang dari hati. bukan air mata olok2 ye. hehe


**************************

Macam keluarga nanie, memang menjadi tradisi keluarga kami selepas solat sunat Aidilfitri dan makan juadah di pagi raya akan ada satu sesi salam memaafkan, bagi duit raya dan ambil gambar potret keluarga akan dilakukan 

Keluarga nanie, sedih bila hilang tiada arwah bapak.
Alhamdulillah, jelas senyum terpancar di muka.
Tiada tema warna warna khas untuk raya 2015.
candid - Alhamdulillah, we are BIG family
p/s dikesempatan ini, sekali lagi nanie minta maaf ye. Semoga dengan Aidilfitri 2015 ini, kita dapat merapatkan silaturahim keluarga dan hubungan saudara dan rakan taulan serta seluruh kaum Muslimin. 
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Naniiii....meriah yer hari raya keluarga nani ni...gambar last tu akak paling suka tgk hahahhahhaha kan best kalau kak ju ada sekali boleh buat candid raya sekali heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. keluraga mmg meriah dan SEMPOI. nanie happy ada keluarga yg memahami dan sekepala. kihkih

      Delete
  2. Selamat Hari Raya buat nanie sekelurga.. kosong kosong tau..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT HARI RAYA kak. nanie pon kosongkosong ye :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails