SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Wednesday, July 1, 2015

#TAZKIRAHRAMADHAN - NIAT SEDEKAH UNTUK GUGURKAN KAFARAH

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Haritu nanie dengar #TazkirahRamadhan dari ustaz di tempat kerja nanie, ustaz kata kalau nak lebih afdal bila bersedekah,  setiap kali nak sedekah, mesti pasang niat

YA ALLAH YA TUHANKU, dengan (duit ini / makanan ini / harta ini) mudah-mudahkan menggugurkan kafarah wajib yang tertunggak bagiku

Bersedekah ni tak semestinya korang sedekah duit je kan.. Ye, kalau ada rezeki lebih, boleh la sedekahkan duit.. sedekah harta pun boleh.. Tak pun sedekah makanan..

*******************************

PENGETAHUAN TENTANG SEDEKAH

Apa itu Sedekah?
Dari sudut bahasa Arab sadaqoh yang bererti pemberian. Sedekah juga bereerti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap keredhaan Allah SWT dan pahala semata-mata. 

Apa itu Kafarah
Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t. Ia juga penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.


***************************

CONTOH MUDAH..

Macam kat kawasan perumahan nanie, petang-petang Insyaallah akan ada yang akan hantar makanan untuk berbuka puasa kat surau. Tak dilupakan ada yang bertukar juadah untuk jiran. Jadi itu pun di anggap sedekah.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang bakhil ini rugi di dunia dan akhirat.

TAPI

TAPI

TAPI

Kalau tengah bersedekah tu pula, korang kena ikhlaskan hati.. janganlah mengharapkan balasan.. Selepas sedekah, ucap Alhamdulillah. Lastly, Kalau dah sedekah tu, jangan korang dok ungkit ungkit pulak.. heee.. jangan pulak satu kampung korang bangga bagitau.. 

************************

KESIMPULAN
  • Memberi mesti ikhlas kerana Allah, iaitu membina keyakinan terhadap keberkatan rezeki.
  • Sedekah tidak terhad kepada harta material semata, sedekah adalah amalan yang boleh diamalkan semua orang walau tidak berharta.
  • Jangan sesekali merosakkan sedekah dengan mengungkitnya, cukup berharap balasan Allah semata.

"Barang siapa bersedekah senilai satu biji kurma yang berasal dari mata pencarian yang baik,dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik,maka sesungguhnya Alloh akan menerimanya dengan tangan kanannya,kemudian dipelihara untuk pemiliknya sebagaimana seseorang diantara kalian memelihara anak kuda,sehingga sedekah itu menjadi (besar) seperti gunung.." (HR Al-Bukhori


Subhanallah…

Ayo jangan tunda lagi…





Ingatlah Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap orang yang SHARE mesej ini, pahalanya adalah untukmu juga.

inshaAllah..
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Salam nanie... Thanks terjah di blog SS... Nice sharing post sedekah...

    ReplyDelete
  2. Lgi byk bersedekah lg byk rezeki yg Allah akan bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah, semoga rezeki yg dikongsi bsama :)

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails