Assalamualaikum.. selamat sejahtera.
Kenduri doa selamat sebelum keberangkatan
rombongan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah/haji sudah menjadi satu
majlis yang biasa dilakukan oleh ahli keluarga. Ini sebagai tanda memohon
keberkatan dan keselamatan perjalanan pergi dan balik.
Peraturan baru ke Tanah Arab perlu ada mahram - click entry ini
**************************
8 Ogos 2015
Keramat AU1
Majlis ini bermula selepas Zohor dengan bacaan tahlil arwah (entry kenduri tahlil arwah bapa nanie yg setahun) dan doa selamat dari tahfiz Surau Al-Aziziah.
Tidak
ketinggalan kepada keluarga,nanie dan keluarga yang telah mengadakan majlis
doa selamat dan tahlil arwah di Keramat bersempena dengan keberangkatan ke
Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 15 August 2015.
Alhamdulillah kelebihan yang nanie rasa bila kita buat
kenduri kendara ialah
- Menggembirakan bakal haji kerana dapat hadirkan diri di dalam majlis ni.
- Dapat menberi jamuan makan dan sama-sama dapat mengambil berkat dari majlis sebegini
- Mengeratkan silaturahim sebab dapat bertemu mata dengan sedara-sedara yang dah lama tak bertemu. (saudara nanie dari Singapore)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PESANAN - Buat Kak Yanie dan Angah,
Alhamdulillah Allah memberi peluang
ke tanah Suci Mekah. Selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur.
p/s Pesanan doa dah dikirimkan kepada kak Yanie. Salah satunya, doakan semoga Nanie dapat jadi ‘bidadari’ kepada seseorang lagi ye. hehehehe..
Sedap nya nampak makanan tuh...hehehe...
ReplyDeletealhamdulillah baru tengok belum rasa. jom la balik malaysia. kt belanja makan :)
Delete