Assalamualaikum.. selamat
sejahtera..
Tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita
Islam. Ini kerana menutup aurat adalah
wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk
mempraktikkan ajaran agama yang dipercayai. Namun begitu bagi wanita di
Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan ruang untuk mereka
tampil bergaya.
Kemunculan
ramai selebriti terkenal yang berhijab
membantu perkembangan pasaran fesyen tudung di Malaysia. Antara contoh
selebriti yang memberikan impak positif
- Dato’ Siti Nurhaliza
- Mizz Nina
- Amy Mastura
- Diana Amir
- Eja
- Fauziah Ahmad Daud
- Erra Fatima.
- Nealofa
- Shila Amzah
**********************
Seperti yang kita tahu, banyak online
shop yang menjual pelbagai jenis tudung atau shawl samada di instagram, facebook dan website. Tapi
pilihan online shop nanie ialah Zalora.
Sebab apa?
Sebab Zalora ada banyak
jenis shawl atau hijab yang harganya majority boleh dimiliki oleh setiap
wanita. Servis Zalora juga cepat dan
ia memudahkan pelanggan. Lagi-lagi, Trend selendang terkini popular yang diperkenalkan dalam pasaran Zalora menampilkan gaya yang ringkas
tetapi cukup bergaya dan versatile.
JENIS SHAWL ATAU HIJAB
WIDE SHAWL
Wide shawls sememangnya pilihan
favourite ramai hijabista. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menggemari gaya
lilitan kontemporari yang moden dan unik. Penggunaan wide shawl sangat sesuai
jugak untuk ibu yang menyusu juga sebab senang la nak cover. hihi
Selain itu, wide shawl juga sangat
menepati citarasa muslimah di luar sana untuk menutup dada.
EXPRESS HIJAB
Tudung express hijab atau lebih
dikenali sebagai tudung syria (tudung sarung) yang diperbuat daripada gabungan
fabrik berkualiti pun menarik. Sebab mudah dan memang express sungguh
pemakaiannya. Sarung je. Jadi untuk ibu-ibu yang ada anak kecik, kadang nak
lilit-lilit ni macam tak sempat-sempat, haaaa.. sarung je dan SIAP!
INSTANT SHAWL
Instant shawl pula ada pelbagai design dan pilihan warna
menarik. Seperti yang korang tau, pemakaian instant shawl ni sememangnya amat
mudah dan tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung (pinless)
*******************************
FESYEN ARTIS
Disebabkan terdapat banyak gaya dan fesyen tudung artis, ramai
wanita muda di luar sana yang ingin belajar dan memahami teknik lilitan yang
menarik untuk mereka. Trend yang diminati zaman sekarang ni ialah fashion shawl
yang digayakan oleh selebriti terkenal seperti Yuna dan Hana Tajima.
Oleh itu tidak
hairanlah dengan pengaruh mereka berjaya membuatkan trend selendang menjadi
lebih popular dalam industri fesyen Malaysia.
Korang tak tahu
macam mana nak gayakan shawl atau tudung korang?
Don’t worry be happy.
Sekarangkan internet di hujung jari, korang just Google atau tonton tutorial dalam Youtube. Mudah bukan?
|
**************************************
p/s
Jom kita dapatkan selendang atau tudung di hujung jari anda saja. Duduk rumah
sambal tengok tv pun bole! Pssstttt. Sekarang Zalora tengah ada pelbagai koleksi selendang daripada
pelbagai jenama popular! Jangan tunggu lagi ye.
RECOMMENDED!!
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..