Wednesday, September 23, 2015

#IDEA - TIPS APA NAK PAKAI KALAU ADA TEMA DINNER BACK TO SCHOOL..

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..

Lupa pula nanie nak share cerita tentang DINNER di tempat kerja nanie bulan lepas. Entahlah lately nanie memang ada mood nak blog, tapi masa tak mengizinkan. Maafkan nanie.


Haaa... Ni nak citer ni.. Sebenarnya last 2 months nanie ada dinner. 'Back To School' tu adalah tema ataupun dress code yang perlu dipakai semasa dinner 

Dan persoalan yang paling utama adalah.. 

BAJU APA NAK PAKAI NI....


Prinsip nanie kalau ada tema memang kalau boleh nak follow la. Sporting but at the same time jaga perilaku dan pakaian. 

*************************


MASALAH 
  1. Beli baju sekolah -  Kalau total semua boleh cecah RM50.. complete dengan tudung sekolah. Itu tak termasuk kasut la. Macam membazir je sebab pakai sekali je.
  2. Pinjam baju sekolah orang - Kalau nak pinjam pulak.. masalahnya ada ke orang yang saiz cam nanie ni.. lagipun badan dah tua ni semua dah kembang. kihkih 
Setelah memikir dan pikir dan pikir akhirnya mendapat IDEA! jeng jeng....

My nephew memang dah habis form 5, tinggi lebih kurang nanie. Tapi dia lelaki.. camne nak gayakan.. 

Nak tengok hasilnya, so inilah hasilnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaa... Baju kemeja, blazer, tie, lencana.. semua pakai yang nephew punya..Kain and tudung pakai je yang ada. So nanie jadi Pengawas  Yeay!!!
Selfie itu wajib untuk kenangan bersama. Senyum sorang bila tengok gambar ini.



Jom layan gambar2 dinner kitaorang. 

Dan kebanyakannya mengikut tema dan memang sporting..

Sementara menunggu, ada ice cream Malaysia disediakan, memang mengenang zaman sekolah betul.
Alhamdulilah, ni kes kena beratur sebelum masuk dewan hotel. Siap ada bunyi loceng semua

Posing dulu. Ini semua kawan-kawan nanie. Ada yang pakai baju pengawas,sekolah biasa dan jadi cikgu
malam tu kami dikejutkan surprise dari Caliph Basker. Memang dorang sporting habis laahh
 +++++++++++++++++++++++++++++++

Setelah puas nanie meng'google' .. ini yang dapat nanie berikan Tips "Tema Back to School"

TIPS


  1. Pilih atau pakai apa2 baju yang mengikut karektor yang ada dalam sesuatu sekolah tu. 
  2. Contohnya karektor - 
  • Guru Besar (bawalah rotan dan pakai cermin mata)  
  • Cikgu (pakai name tag dan pakaian sopan)
  • Pelajar biasa (pakai baju sekolah putih)
  • Pengawas (pakai baju sekolah warna biru atau kuning atau ungu)
  • Pelajar aktif sukan (pakailah baju sukan dan bawalah raket badminton, bola, dan sebagainya)
  • SELAMAT MENCUBA.

      Kesimpulan

      Nanie memang enjoy dan stress release yer.. walaupun tak menang sebarang cabutan bertuah, anugerah dan best dress... hehe... 

      Ok terima kasih sudi baca blog ni.. KBYE!

      No comments:

      Post a Comment

      komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..