Thursday, September 17, 2015

#PRAYFORMAKKAH - DOAKAN KESELAMATAN JEMAAH HAJI

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Dalam media dan berita rata2 sekarang tengah sibuk cerita tentang kren runtuh di MasjidilHaram. Sebagai keluarga yang ada di sana menunaikan haji pada tahun ini, turut rasa tempiasnya. Telefon rumah tak henti-henti orang bertanyakan khabar berita.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Rasa terharu bila ada saudara, kawan2, dan jiran yang bertanyakan khabar berita kakak dan abg ipar.  Baca entry ini tentang majlis doa selamat sebelum berangkat mereka ke tanah suci.

BERITA GEMBIRA

Fyi, Alhamdulillah mereka dlm keadaan sihat. Sesungguhnya, bila kami sekelurga dengar khabar berita yang berlaku, nervous sgt2 sebab waktu kejadian abg ipar ada di masjid. Ribut pasir memang buat kakak nanie tak dpt contact dia. .

Dup dap dup dap. Tengok berita je utk tahu lebih lanjut. Kami yakin setiap berlaku pasti ada hikmah dan ketentuan dariNya.
Ujian di Mekah itu adalah ujian bagi orang beriman. 
Allahuakbar
APA YANG BOLEH KITA BELAJAR DARI KEJADIAN DI MAKKAH 


  • Inilah saatnya bagi kita, nanie dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah' dan bukan lagi satu bebanan. 
  • Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi. 
P/S Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana UJIAN  itu HADIAH dari  ALLAHMari sama2 sedekahkan Al fatihah bagi keluarga yg kehilangan dari insiden#krenruntuhdimakkah 

No comments:

Post a Comment

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..