Assalamualaikum..
selamat sejahtera..
Hari ini
nanie nak share satu tempat yang nanie rasa tak ramai yang tahu even korang
duduk Malaysia pun.
Nanie nak
share satu tourist attraction which is I-CITY Kota lampu digital
terkenal di Shah Alam. Selalunya bila malam-malam je mesti ada yang rasa nak hang out dengan kawan2 or bersantai dengan keluarga, apa kata korang pergi ke taman rekreasi yang berwarna warni ini.
**************************
I CITY SHAH ALAM
Kat sini korang dapat menyaksikan
sebuah taman yang dipenuhi kerlipan lampu-lampu led warna warni di atas pohon
yang memakai teknologi sangat modern.
Parking
Dari 6am - 6pm: Mon-Fri RM 1
Sat, Sun, Public Holidays RM 1 for first two hours and Rm 1 per hour thereafter (max RM5).
Dari 6pm to 6am: RM10
********************************
********************************
CITY OF DIGITAL LIGHT
Basically kat I-City ada yang berbayar ada yang percuma. Tapi kali ini nanie nak share satu zon permainan yang pasti mengembirakan hati kanak-kanak dan dewasa
Tiket Masuk
RM15 tak kira dewasa atau kanak-kanak
RM5 warga emas
Note : Datang ke sini pada 7 hingga 9 malam sebab ada promosi boleh main semua games tanpa batasan. Jangan risau, surau dan tandas disediakan.
AKTIVITI PERMAINAN YANG MENARIK
Space Walk
Disco Ride
Adventure Train
Two Tier Carousel
Moon Jellies
Twisting Boat
Super Swing
*********************
SPACE WALK
Korang akan naik satu kenderaan (bentuk macam helikopter, tapi ada stering dan kayuhan basikal). Unik bukan? Yang pasti bila korang naik ni, korang dapat mengelilingi satu kawasan 1-city di mana korang boleh lihat pemandangan warna warni. Namun diingatkan kalau ada yg gayat, tak payah la naik.
Anak buah nanie relax je. Nak naik memang untuk dua orang. |
TWO TIER CAROUSEL
Perfect games untuk seisi keluarga. relax je naik kuda ni. Dia akan pusing, Yg membezakan dari funfair kat luar tu, ialah game kuda ini ada 2 tingkat.
SUPER SWING
Ini games buaian yang macam kat Genting Higlands, serius kalau korang ni cepat pening atau loya selalu, tak payahla naik. Tapi tak adventure la kalau tak cuba. hehe
|
DANCING WATER
Alah pancutan air berirama gituh, air pancut ni menari mengikut lagu siap dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Seronoklah tengok air berjoget-joget ni.
Dancing water yang mempunyai lampu yang bertukar warna akan menari ikut alunan muzik. Bila tiba waktu korus, air terjun ni akan tinggi. |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DISCO RIDE
- Games ini lah yang buat nanie pening. Subhanallah dia BUKAN macam naik roller coaster yang boleh duduk relax tu macam kat Universal Studio Singapore atau Disneyland HongKong.
- Games ini dalam keadaan duduk naik motorsikal. Akan ada satu supporter yang akan make sure keselamatan korang. Supporter tu akan support pinggang dan bahagian belakang. Tapi serius, disco ride ni sangat lama, kalau naik ni tak jerit tak sah. hahaha
********************
KESIMPULAN
Malaysia ada banyak tempat tarikan yang menarik dan boleh dijadikan aktiviti malam korang terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
We are happy family. yeayyyy!! |
P/S Bagi yang tak tahu kat mana I-City, boleh refer entry I-CITY INI sebab nanie ada bagi GPS Icity dan cara bagimana nak ke sana dengan guna public transport.
Maklumat lanjut, contact I-CITY hotline is +60355218800 atau email ke help@i-city.my
Maklumat lanjut, contact I-CITY hotline is +60355218800 atau email ke help@i-city.my
No comments:
Post a Comment
komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..