SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Friday, October 2, 2015

JOM EXPLORE BUKIT BINTANG DAN TIMES SQUARE NAIK PUBLIC TRANSPORT..

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Lately kan nak katakan every week memang ada je jadual tersusun nak bawa anak buah nanie jalan-jalan di KL. Yelah, nanie di beri tanggungjawab oleh kak Yanie yang sedang menunaikan haji di Mekah. 

So, Kitaorang decide nak pergi KL. Anak buah nanie yang darjah 5 ni tak pernah langsung naik public transport. Jadi why not, nanie nak jadikan weekend dorang something different.  Kita pergi KL naik train je.. So marilah exercise tingkatkan stamina dan menghilangkan lemak yang ada di badan masing-masing. 

Ada ke yang tak tahu macam mana nak pi Bukit Bintang or Times Square guna pengangkutan awam?



.
.
.
.
.
.
.
.


Ha, meh sini cek nak ajar meh. Tak susah pun, lebih dari senang lagi ada laa.

DARI SETIAWANGA KE BUKIT BINTANG ATAU KE TIMES SQUARE  
  • Untuk korang yang guna LRT Putra, naik Putra LRT dan turun ke Stesen Dang Wangi. 
  • Kemudian jalan kaki lebih kurang 5minit (kena guna jejantas nak naik interchange monorel
  • Sampai di stesen monorel
  • - beli tiket ke Bukit Bintang (kalau nak pergi Low Yat / Bukit Bintang)
  • beli tiket ke Jalan Imbi kalau nak pergi Times Square 
  • TIPS - Sila beli tiket dua hala atau guna Touch N Go sebab nak beratur nak beli tiket ni buang masa dan buang tenaga.
PUTRA LRT Setiawangsa.
Anak buah dah sama besar dan tinggi dengan aunty dia.
Ya Allah terasa tua dibuatnya. haha

Monorail Bukit Nenas Alhamdulillah dapat capaikan hajat anak buah nanie nak naik monorail. yeayyyy!!

KEBAIKAN NAIK PUBLIC TRANSPORT DI KUALA LUMPUR

  • Jimat masa untuk elak jammed (especially weekend)
  • Jimat duit dari segi minyak dan tol
  • Jimat tenaga dari segi kereta manual. Tapi dari segi tenaga turun naik tren maybe agak memenatkan lah, tapi atleast boleh bersenam keluar peluh. heheh
Gambar waktu balik naik Putra LRT Dang Wangi
Korang nampak tak kipas atas kepala tu? Bila dah berpeluh-peluh, kitaorg buat kerja gila duduk bawah kipas. sejukkk dan lega. hilang peluh ketiak basah. haha


P/S Apa kata korang buat aktiviti lain dari yang lain dengan anak2 atau dengan adik beradik, bukan susah pun, korang naik public transport ke tourist attraction di Malaysia seperti Petrosains KLCC, Times Square, Menara KL, Bukit Bintang dan lain-lain.

Selalu terfikir, kat MalayJom baca tips naik MTR ke Hong Kong dan nanie sertakan sekali informasi lengkap yang boleh diguna pakai bila korang travel ke Hong Kong.

U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. wahh sonoknyer jalan2 naik lrt pusing2 kl yee, hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bawa anak muda naik mrt. rasa sikit penat lelah. asyik naik kereta je. haha

      Delete
  2. Terbaikkk.ni niat sperti nk g times square..itu tgh search cara kesana naik public transport.hahahah.good info..terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah boleh bantu kawan2 yang nak g times square

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails