Tuesday, December 15, 2015

#SABAHMALAYSIA - TEMPAT MAKAN SEDAP, HALAL DAN WAJIB CUBA BILA KE SABAH

Assalamualaikum.. selamat sejahtera.

Ingat tak, last week nanie ada share entry outstation ke Sabah. Jadi dah alang-alang 2 minggu ke sana atas ‘sponsor’ company, apa lagi nanie pun banyak explore tempat makan menarik di Sabah.

Seafood Murah dan Sedap

1) Pasar Filipina
Untuk penggemar ikan bakar dan geram dengan harga yang mahal di KL, korang boleh cuba menikmati Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina. Jangan risau, ada pelbagai menu makanan laut yang dipanggang panas tersedia untuk dipilih. Paling best ialah harganya cukup berpatutan.
Apa yang korang nak makan Anda makanlah apa yang terbuku di hati, ikan, udang, ketam,sotong semua ada untuk dirasai. Lobster memang murah dijual.
2) Tanjung Aru
Pilihan seafood di tempat lain, korang boleh  makan di Tanjung Aru. Dekat sini ada banyak kedai makan disitu sudahlah sedap, dan best suasana dia. Menu pun lebih kurang macam kat Pasar Filipina, tetapi kalau nak rasa open air duduk tepi pantai sambal minum air kelapa bakar, korang boleh datang ke sini. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat makan di sini.


Chicken Wing, Kundasang
Sabah sangat popular dengan ‘chicken wing’ tapi kalau kat Sabah, dorang panggil sayap. Tapi kalau korang datang ke Kundasang, korang kena try makan ‘chicken wing’ ni sebab suasana di Kundasang sejuk dan nyaman, makan pula ‘chicken wing’, memang terbaik la. 


Restoran Kak Nong
Harbour City, Kota Kinabalu, Sabah.
Salah satu hidangan istimewa yang harus dicuba adalah Nasi Ayam yang menjadi hidangan klasik bagi warga penduduk tempatan di sekitar Kota Kinabalu. Tapi nanie tak sempat rasa Nasi Ayam, Nanie cuba makan Mee Tuaran. Rasa Mee Tuaran dia macam Mee Bakso, tapi mee dia tu memang dari Sabah. Bukan mee kuning yang ada di KL tu. Untuk pencuci mulut, nanie cadangkan korang try Curry Bun yang lembut dan sedap

Santola Bar CafĂ©, Kopi Cap Kuda, Kota Kinabalu
Santola Bar Cafe terbina hasil dari kedai Cap Kuda Coffee Company (CKCC) and Cap Kuda Coffee School. Santola Cafe bukan sekadar menyediakan kopi hitam semata-mata, tapi dia ada juga menyediakan Chocolate Tea, Chocolate, Mocha Cappuccino, Au Lait or Black & White Hot Chocolate.

Apa yang paling menarik dan patut cuba kerana Santola cafe ini menyediakan / kilang sendiri untuk  coffee, tea dan serbuk koko


Restoran Nelayan
Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah
Masakan disediakan ala-ala chinese style dan recommend untuk makan dessert dia iaitu pudding kelapa dia memang terbaik.Tapi bab harga ? kalau datang secara bajet nanie nasihatkan jangan *kecuali kalau betul-betul berhajat sangat nak makan di sini* tempat ni selalu dijadikan port untuk pelancong asing makan.


Apa yang menarik di sini ialah restoran ini agak exclusive, dekorasi restaurant agak cantik ada persembahan live show etnik-etnik yang ada di Sabah seperti tarian. 



KESIMPULAN

Itu antara tempat-tempat makan menarik di Sabah yang boleh korang lawati bersama keluarga. Waktu datang ke Sabah, dah tak fikir kalori ke apa, kitaorang belasah je kerana peluang sebegini sukar diperolehi. Balik KL, claim company semula. Haha

Ada lagi tempat makan menarik di Sabah? Komenlah sedikit bahh!! 

11 comments:

  1. nice entry..done folo sini #1204 folo me back tq (>_<)

    ReplyDelete
  2. Etuza done follow ya blog anda...tq

    ReplyDelete
  3. Suka yang bab makanan seafood tu....done follow sini juga yang ke #1211

    Dijemput untuk memeriahkan kontest MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung yer...

    http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. ehehehe bestnya.. yes makanan Sabah ohsem.. eheh..

    ReplyDelete
  5. Seafood kat Sabah ni agak murah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far murah tp kna pndai cari gerai mknan yg nmpk bersih n murah

      Delete
    2. Betulll. Tepat sekali. Kuasa di tgn kite. Kena pilih yg terbaik

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..